CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13114|Reply: 1

Semakan semula modul latihan polis perlu kajian mendalam - KPN

[Copy link]
Post time 14-2-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode

RAZARUDIN (tengah) hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan KDNKA Tahun 2024 di Padang Kawad, Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta. FOTO L.Manimaran

Ipoh: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik cadangan melakukan semakan semula modul latihan pasukan dalam menangani isu integriti membabitkan anggota dan pegawai kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata cadangan yang diutarakan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) itu bagaimanapun perlu melalui kajian mendalam sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

Menurutnya, ia memandangkan modul latihan serta tapisan dalam pengambilan anggota dan pegawai yang sedia ada sudah dianggap ketat.

"Modul latihan sedia ada sekarang ini termasuk bab keagamaan sama ada bagi Muslim dan non-Muslim memang ada modul moral. Jadi (mengenai) cara pengambilan itu sehingga modul yang ada ini pun saya rasa buat masa ini kalau hendak diubah, kita perlu membuat kajian yang sangat tepat.




"Bagi pengambilan pelatih untuk menjadi polis sama ada konstabel, sarjan dan inspektor memang ada prosedur berbentuk tapisan termasuk pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan, ujian SPiER (Sistem Pemprofilan Rekrutmen) yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), temu duga bersemuka, serta tapisan keselamatan.

"Tidak juga (kalau dikatakan hendak ketatkan lagi pengambilan rekrut selepas ini), kerana memang kita sudah mempunyai kriteria-kriteria yang patut untuk pengambilan bahkan ia turut disiarkan menerusi iklan permohonan," katanya.

Razarudin berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Ujian

Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Tahun 2024 di padang kawat Kem Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah KDNKA, Datuk Seri Hazani Ghazali; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri; dan Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

Ujian Mara Lasak itu disertai 21 pasukan membabitkan 798 pegawai dan anggota pelbagai elemen KDNKA termasuk dua pasukan jemputan bagi menghabiskan cabaran sejauh 20 kilometer.

Razarudin mengulas mengenai cadangan diutarakan RESPA melalui Presidennya, Datuk Meor Che Hussein baru-baru ini yang dilapor berkata modul latihan untuk rekrut baharu pegawai dan anggota polis wajar ditambah baik dengan memberi lebih penekanan kepada pengukuhan mental, kerohanian, disiplin dan integriti.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kajian-mendalam-kpn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 05:02 PM | Show all posts
jadi maksudnya, sampai kiamat la yang salah laku / jenayah/ etc di tukar sana sini sampai tamat perkhidmatan dapat pencen dah dok diam2... bab ni yang kita nak perubahan ketara..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063694 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list