CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6010|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Barang kes sejak 2010 bernilai RM 2.89 juta dilupus

[Copy link]
Post time 15-2-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode

Allaudeen melakukan gimik pelupusan barang kes pada Majlis Pelupusan Barang Kes JSJ IPK KL di Balai Polis Alam Damai, Cheras, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Kontinjen Kuala Lumpur melupuskan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi tempoh 2010 hingga 2023 dianggarkan bernilai RM2.89 juta, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pelupusan barang kes itu membabitkan jenayah perjudian, mesin bitcoin, mercun, rokok, tablet, talifon, laptop dan barangan elektrik.

Jelas beliau, jumlah keseluruhan melibatkan 42,408 unit barang kes, dan wang tunai RM24,106.

“Keseluruhan nilai rampasan bernilai RM2.89 juta daripada lima buah daerah terdiri daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, IPD Wangsa Maju, IPD Cheras, Brickfields dan IPD Dang Wangi.

“Barang kes yang dilupakan telah mendapat perintas pemusnahan atau pelupusan barang kes yang tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

“Pelupusan ini juga membabitkan sebanyak 429 kertas siasatan yang telah selesai disiasat dalam tempoh 10 tahun lalu iaitu dari tahun 2010 sehingga 2023,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelupusan Barang Kes JSJ IPK KL di Balai Polis Alam Damai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Allaudeen turut menjelaskan bahawa pelupusan barang kes siasatan polis mengambil masa yang lama disebabkan ia tidak boleh dilupuskan sewenang-wenangnya.

“Kita ada proses perundangan. Sekiranya sesuatu kes itu didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Majistret atau Mahkamah Tinggi.

“Ia akan melalui proses ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akan memakan masa yang panjang untuk memperolehi keputusan dan selesai.

“Selepas kita dapat perintah memusnahkan barang kes yang sudah dibuat keputusan hukuman barulah kita akan melupuskan barang-barang kes berkenaan dan ia termasuk wang tunai yang dirampas dalam kes itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -2-89-juta-dilupus/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.335154 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list