View: 9472|Reply: 1
|
Bayaran tak naik punca Katy Perry tinggalkan American Idol, produksi intai Taylor Swift sebagai juri
[Copy link]
|
|
Pengumuman Katy Perry mengundurkan diri mengejutkan banyak pihak.
PENGUMUMAN penyanyi Katy Perry meninggalkan kerusi juri American Idol selepas tujuh musim bersama program realiti itu Isnin lalu mengejutkan ramai pihak.
Bagaimanapun sumber mendedahkan keputusan itu dibuat Katy, 39, selepas permintaan menaikkan bayaran tidak diendahkan pihak produksi iaitu ABC Network.
Katy dilaporkan meminta bayaran sebanyak AS$30 juta (RM143 juta) untuk kemunculannya sebagai juri bagi musim akan datang.
Katy meminta untuk menaikkan sebanyak RM143 juta.
“Katy minta bayaran sebagai juri dinaikkan kepada AS$30 juta tetapi pihak produksi ABC Network tidak bersetuju,” kata sumber.
Dalam pada itu, antara alasan Katy meminta bayaran tersebut kerana dia terpaksa memperlahankan karier seninya demi memberi fokus kepada penggambaran American Idol.
Bayaran itu disifatkan sebagai setimpal dengan pengorbanan dilakukan.
Sebelum ini, Katy dilaporkan menerima bayaran sebanyak AS$25 juta sebagai juri American Idol.
Sementara itu, pihak produksi dilaporkan sedang mengintai penyanyi Taylor Swift sebagai juri bagi menggantikan Katy.
Selain Taylor, produksi juga sedang mempertimbangkan membawa kembali bekas juri iaitu penyanyi Jennifer Lopez.
Musim ke-22 program realiti itu turut menampilkan juri iaitu Luke Ryan dan Lionel Richie manakala Ryan Seacrest sebagai hos.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... -swift-sebagai-juri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|