CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8627|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KKM pertimbang keperluan perokok

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, meletakkan papan tanda 'Dilarang Merokok' pada premis makanan ketika Tinjauan Mesra Premis Bersih Bebas Asap (BeBas) di Jalan Alor hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk memperkenal kawasan khas merokok berhampiran premis makanan.

Mengambil contoh premis makanan di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penekanan diberi kepada keperluan untuk ruang ditetapkan seperti dilakukan di Singapura dan Jepun.

"Kami sedar penguatkuasaan mengekalkan jarak tiga meter (kawasan merokok dengan premis makanan) memberi sedikit cabaran terutama di kawasan sesak.

"Jika kita mahu mematuhi garis panduan itu, jaraknya sudah hampir mencapai tiga meter atau 10 kaki.


"Kita akan mempertimbangkan keperluan khas, mungkin mewujudkan kawasan ditetapkan seperti di Singapura," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di beberapa premis makanan di sekitar Jalan Alor di sini, hari ini.

Beliau berkata, kawasan khas berkenaan akan mengambil kira keperluan perokok dan bukan perokok di sesuatu premis makanan.

Katanya, inisiatif berkenaan bukan langkah ke belakang, sebaliknya tindakan proaktif untuk memastikan persekitaran harmoni untuk semua di kawasan terbabit.
https://www.bharian.com.my/berit ... g-keperluan-perokok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.353927 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list