CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8509|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bergaduh dengan keluarga punca penguat kuasa jatuh kondo

[Copy link]
Post time 18-2-2024 01:27 PM | Show all posts |Read mode

Seorang anggota penguat kuasa wanita ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Cheras kelmarin.

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham antara keluarga dipercayai menjadi punca seorang penguat kuasa wanita terjun dari tingkat 21 sebuah kondominium, di Cheras, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan secara terperinci berhubung kes tersebut itu masih diteruskan pihaknya.

Kata beliau, siasatan awal turut mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden yang meragut nyawa wanita itu.

“Siasatan masih dijalankan, namun dipercayai (akibat) perselisihan faham keluarga.

“Setakat ini, tiada foul play (unsur jenayah),” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang penguat kuasa wanita ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium, di Cheras ,di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, mayat wanita itu ditemui oleh pengawal keselamatan di kaki lima bangunan berkenaan dalam keadaan terbaring.

Menerusi foto yang disiarkan di media sosial, ketika kejadian, mangsa dikatakan telah menghempap bahagian hadapan sebuah kereta yang diletakkan di tingkat bawah.

Sementara itu, Zam Halim mengesahkan perkara tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, mangsa berusia 40 tahun itu merupakan ibu tunggal dan mempunyai lima orang anak. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -kuasa-jatuh-kondo/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052504 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list