CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9786|Reply: 0

[Melaka] Suami isteri didakwa tipu projek beli lembu tidak wujud

[Copy link]
Post time 19-2-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode

Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.-Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan projek pembelian lembu tidak wujud membabitkan kerugian berjumlah RM185,137.50, Mei tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Safid Affandi Shamsudin dan Nor Salbiah Johari masing-masing berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama memperdayakan Muhammad Safiy Khan Muzair Khan, 35, dengan menawarkan projek tawaran pembelian lembu dari Thailand yang tidak wujud hingga mendorong mangsa menyerahkan wang secara berperingkat berjumlah RM185,137.50 ke dalam akaun Maybank di atas nama Salbiah Farm milik Nor Salbiah Johari.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kafe, lot 2610 di Malim Jaya dalam daerah Melaka Tengah antara 28 Mei dan 29 Mei 2023.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 setiap seorang berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan serta pasport diserah kepada mahkamah dan menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -lembu-tidak-wujud/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.048476 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list