CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9874|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Fenomena El Nino: Cuaca panas, kering diramal kembali normal pertengahan tahun ini

[Copy link]
Post time 19-2-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan. - EPA

KUALA LUMPUR: Kekuatan fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berkurangan dan menjadi neutral pada pertengahan tahun ini dan suhu dijangka akan kembali normal.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) , Muhammad Helmi Abdullah berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Katanya, dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan secara lazimnya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan pedalaman Pahang dan Kelantan.

"Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.



"Cuaca panas yang dialami pada ketika ini di beberapa negeri di utara Semenanjung adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei.

"Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 celsius pada awal petang," katanya kepada BH hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Helmi memaklumkan, suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MET Malaysia setakat ini ialah 37.2 celsius iaitu di Alor Setar, Kedah pada 8 Februari lalu.

"Justeru, berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dijangkakan suhu maksimum harian di negara kita boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat," katanya.

Ketika ditanya berkenaan sebarang keperluan untuk melakukan operasi pembenihan awan (OPA) di negeri yang merekodkan cuaca panas, beliau memaklumkan ia dilakukan semasa musim kemarau untuk tiga tujuan utama.

Katanya, ia termasuk untuk meningkatkan paras air di empangan bagi kegunaan domestik dan janakuasa elektrik, pengairan untuk pertanian di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan bagi mengurangkan kesan jerebu teruk.

"Bagi meningkatkan paras air di empangan, kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan untuk menjalankan OPA dan METMalaysia akan meneliti permohonan terbabit untuk menentukan kesesuaian bagi menjalankan OPA.

"Bagi menangani kesan jerebu pula, METMalaysia akan berpandukan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan iaitu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat (melebihi 151 IPU) untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam secara berterusan, maka OPA perlu dijalankan tertakluk kepada kesesuaian keadaan atmosfera.

"OPA akan dijalankan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... amal-kembali-normal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.080596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list