CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8360|Reply: 0

Everton keluar daripada zon bahaya

[Copy link]
Post time 20-2-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Everton, Amadou Onana menanduk masuk gol penyamaan ketika menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS

LIVERPOOL, England: Jaringan Amadou Onana membantu Everton seri 1-1 dengan Crystal Palace sekali gus melonjakkan kelab Merseyside itu keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi, dengan perlawanan itu disaksikan oleh pengurus baharu kelab London itu, Oliver Glasner.

Jordan Ayew meletakkan Palace di depan pada babak kedua hanya beberapa jam selepas pengurus Roy Hodgson meletak jawatan dan kehadiran bos baharu mereka Glasner disahkan.

Namun Onana melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan sudut bagi gol penyamaan Everton pada perlawanan yang kurang kualiti itu, namun menyaksikan pasukan kendalian Sean Dyche keluar daripada kelompok tiga tercorot dan berada di atas Luton Town di tangga ke-17.

"Kami sedar ia pasti sukar di sini, tetapi kami berjuang hebat untuk meraih apa yang kami mampu," kata pemain pertahanan Palace, Joachim Andersen kepada SkySports.



Everton mengumpul 20 mata daripada 25 perlawanan, terikat mata dengan Luton dan beraksi lebih satu perlawanan, manakala Palace di tangga ke-15, lima mata di atas zon penyingkiran.



Penyerang Crystal Palace, Jordan Ayew (tengah) menyumbat gol pertama ketika menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Dalam 20 minit terakhir kami mungkin terlalu bertahan. Kami boleh beraksi lebih baik, tetapi kami melakukan segala-galanya yang termampu malam ini, hanya agak kecewa dibolosi gol dalam 10 minit terakhir.

"Kami hanya mengetahui mengenai pengurus baharu hari ini, kami akan lihat apa yang boleh dibantunya dalam carta. Ia amat menyedihkan buat Roy, kami mendoakan kesihatan beliau," kata Andersen.

Penolong pengurus Palace, Paddy McCarthy mengambil alih di tepi padang dengan Glasner menonton dari bangku penonton dan pelawat melakukan tugas cemerlang menekan serta membuatkan Everton tidak selesa sepanjang perlawanan.

Ia mungkin satu mata berharga yang diraih oleh pelawat tetapi dua mata dicicirkan Everton, yang kini tidak menang dalam lapan perlawanan terakhir EPL.

"Pujian buat Palace, mereka mempunyai ketajaman dan kelebihan dengan pengurus baharu menonton aksi mereka. Mereka menjaringkan gol daripada tiada apa-apa tetapi saya fikir kami bertindak balas dengan baik," kata Dyche.

"Kami melakukan banyak perkara yang bagus pada babak kedua dan mencipta peluang, terutamanya menerusi set-piece dan akhirnya meraih gol kami." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... daripada-zon-bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.253930 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list