View: 10427|Reply: 12
|
Madonna Jatuh 'Tergolek' Ketika Persembahan
[Copy link]
|
|
Tular di media sosial, video memaparkan penyanyi Pop legenda dunia, Madonna terjatuh dari kerusi ketika sedang diheret oleh penarinya, kelmarin.
Insiden itu berlaku ketika sedang mempersembahkan lagu hitnya, Open Your Heart di Seattle sempena siri jelajah, Celebration Tour.
Persembahan diinspirasikan daripada video muzik yang yang popular pada 1986 itu, namun, insiden berlaku selepas penari lelaki berkasut tumit tinggi itu terpelecok dan kedua-dua mereka jatuh tersembam di lantai pentas.
Madonna bagaimanapun, mengawal keadaan dengan sangat profesional dan terus melantunkan bait-bait lirik dalam lagu itu tanpa sebarang masalah sementara penarinya terus mengalihkan kerusi itu.
Rata-rata, netizen memberikan pelbagai reaksi bercampur baur atas kejadian itu.
"Itu sebabnya dia digelar Ratu!" tulis satu netizen di X.
"Mungkin lelaki tak patut pakai kasut tumit tinggi," tulis satu netizen di Instagram.
"Nenek perlu bersara," tulis satu lagi netizen.
Dalam komen lain, ramai juga netizen yang melihat nyanyiannya tidak terjejas kerana dia hanya 'miming' atau bergerak suara ketika mempersembahkan lagu itu.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Huduhnya laki pakai skirt paras bontot |
|
|
|
|
|
|
|
fonen ke yang tarik tu..mati la kena maki lepas show..silap2 kena buang terus |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek2 x boleh sebarangan jatuh |
|
|
|
|
|
|
|
Habislah si fenfonen yg mengakibatkan onyang Donna jatuh, bakal dipecat |
|
|
|
|
|
|
|
kecelakaan tidak mengira tempat |
|
|
|
|
|
|
|
Opah buruknya jatuh huhu. Kaki kanan dancer tu tergelincir , tak slamat la choreo gini. Tukar le . |
|
|
|
|
|
|
|
Ai suka lagu nekdonna tp umur2 mcm nih dah boleh rileks2 manjakan body, org tua kalau cedera ke patah tulang ke ambik masa nak sembuh katanyeehh. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik Madona taknak buat konsert kt sinikah?
Mesti penuh ngan peminat Aina Abdul.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
hati2 nek kang patah pulak tulang tu haha |
|
|
|
|
|
|
|
kena buat choreo yg lebih selamat ler. bak kata doktor pakar ortho aku, patah tgn ok lg boleh simen, patah hips, kena operate weh. jd, kena hati2 ler jgn smpai patah pinggul tu ha. arwah nenek aku pun sbb jatuh, patah hips ni, wlu dah buat hips replacement, lps tu dislocated lg, lps sakit teruk tu beliau meninggal. i miss you grandma |
|
|
|
|
|
|
| |
|