CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5023|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis pantau Mawla, pengikut

[Copy link]
Post time 21-2-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode

RAZARUDIN Husain. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai 'Mawla Mohamed Amin al-Hassani' yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Ia susulan laporan akhbar ini mengenai seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosi Mawla Amin mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan satu perkampungan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Malwa Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah yang agak besar iaitu 11 hektar sedangkan pengikutnya bukan dari kalangan orang yang berada namun bergantung dengan kutipan daripada dana awam.



"Kita ada maklumat itu dan buat masa ini kita masih memantau pergerakan Mawla Amin terbabit bersama pengikutnya.

"Madrasah terbabit juga apa yang diketahui membeli tanah di Melaka hasil kutipan dana daripada pengikutnya dan orang ramai bagi membina perkampungan terbabit," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Razarudin berkata, PDRM juga akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri mengenai kegiatan dijalankan mereka.

"Sebelum ini juga lelaki terbabit pernah datang ke negara ini dan menghadiri beberapa program di beberapa negeri," katanya.

Madrasah terbabit juga terpalit dengan salah laku membabitkan mudirnya yang memukul pelajarnya seperti didedahkan Metro Ahad.

Malah, menerusi laporan eksklusif muka depan akhbar ini semalam mendedahkan mudir berkenaan turut membeli sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk membina perkampungan Kerajaan 9 yang dikatakan akan menjadi persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Tanah milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka dibeli baru-baru ini dan dikatakan akan menjadi penempatan individu dari luar yang diangkat menjadi Imam Mahdi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntau-mawla-pengikut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.367491 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list