Baru-baru ini, penyanyi terkenal dari United Kingdom, Ed Sheeran telah hadir melakukan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil
Apa yang menjadi perhatian adalah apabila terdapat sebuah rakaman dari salah seorang penonton yang hadir ke konsert pada malam itu mempersoalkan tindakan ramai penonton lain yang ada di sana.
Menerusi video perkongsian @lbxd_8 di TikTok, dia pelik melihat ramai penonton telah bergerak keluar dari stadium walaupun konsert masih berjalan.
Menurutnya, konsert tersebut baru sahaja separuh berjalan dan selepas sahaja salah satu lagu penyanyi itu dimainkan, ramai pengunjung dilihat bergerak keluar.
Mahu kejar tren dan elak kesesakan lalu lintas
Seperti biasa, bila ada sahaja konsert diadakan di Stadium Bukit Jalil, perkhidmatan pengangkutan awam kebiasaannya akan dianjakkan masanya supaya pengunjung dapat pulang selepas konsert yang dijangka tamat pada lewat malam.
Namun begitu, menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya mengatakan mereka keluar awal kerana mahu mengejar tren kerana dikatakan ada perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak menganjakkan masa perkhidmatannya.
Tidak kurang juga ada komen yang mengatakan ramai antara penonton adalah 'lalang' dan hanya menunggu lagu yang popular sahaja.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 27-2-2024 10:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalo bole fork out duit veli tiket, standby la sama utk grab instead pakai public transport blk umah.
Ed sheeran mana guna playback wat concert.
Showmanship tiptop gile.
Rugi ler blk awl.