View: 1555|Reply: 0
|
Al-Hilal catat rekod Liga Pro Saudi
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/AlHilal27224_1709001183.jpg)
Al-Hilal mengatasi rekod terdahulu milik Al-Nassr apabila menang 14 perlawanan berturut-turut dalam Liga Pro Saudi. – Foto X AlHilal Saudi Club
RIYADH: Pendahulu Al-Hilal melakar rekod bagi kemenangan berturut-turut dalam Liga Pro Saudi apabila mereka menang 2-0 ke atas Al-Ettifaq awal pagi tadi.
Kelab gergasi Saudi itu kini unggul tujuh mata di depan dalam carta liga dengan 59 mata daripada 21 perlawanan, di depan kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr yang menewaskan Al-Shabab 3-2 kelmarin.
Pasukan kendalian Jorge Jesus itu meraih 14 kemenangan berturut-turut dalam liga, mengatasi rekod terdahulu dipegang Al-Nassr dengan 13 perlawanan dari November 2013 hingga Februari 2014.
Sergej Milinkovic-Savic memberikan Al-Hilal gol pendahuluan pada minit ke-40 menerusi satu tandukan berikutan sepakan sudut.
Salem Al Dawsari manambah gol kedua dari jarak dekat pada masa kecederaan babak pertama.
Sekalipun ia petang sempurna buat Al-Hilal, penjaring gol terbanyak mereka Alexander Mitrovic menerima kad kuning dan akan terlepas perlawanan berikutnya menentang juara bertahan Al-Ittihad kerana jumlah kad terkumpul. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ekod-liga-pro-saudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|