CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1817|Reply: 0

Ten Hag enggan layan spekulasi bakal digantikan dengan Zidane

[Copy link]
Post time 28-2-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode

PENGURUS United, Erik ten Hag. FOTO Agensi

London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag percaya dirinya masih mendapat kepercayaan kuat untuk terus kekal membimbing pasukan biarpun wujud pelbagai spekulasi kemungkinan eranya di kelab itu bakal berakhir.

Jelas Ten Hag, fokusnya tidak terganggu dan beliau yakin sokongan masih padu masih diberikan oleh pihak pengurusan terutama daripada Jim Ratcliffe.

"Saya di sini, saya mempunyai kontrak selama tiga musim, jadi saya tidak kisah. Saya hanya fokus dengan proses jadi saya tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekitar saya.

"Saya sudah banyak kali berbincang dengan Jim Ratcliffe terutamanya bersama Dave Brailsford, jadi saya tahu apa yang kami percakapkan. Saya mempunyai keyakinan tinggi dan optimis mereka percayakan saya," katanya.



Ratcliffe adalah pemegang saham kelab sebanyak 25% yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal berkaitan operasi kelab itu.

Difahamkan, nama bekas pemain kebangsaan Perancis dan Real Madrid, Zinedine Zidane dikaitkan menggantikan Ten Hag di Old Trafford.

"Saya hanya fokus terhadap pasukan dan saya perlu mencari jalan penyelesaian buat pasukan ini supaya mereka bermain sebaik mungkin. Ia semuanya mengenai fokus dan tidak terjejas dengan sebarang gangguan.

"Kami bercakap mengenai masa depan, kami bercakap mengenai satu masa depan bersama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tikan-dengan-zidane
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.050230 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list