CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4354|Reply: 0

EPL: Bintang Liverpool bakal kembali

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode

SALAH dijangka kembali memperkuatkan Liverpool pada aksi menentang Forest malam ini selepas mendapat tambahan rehat ketika tidak diturunkan menentang Southampton. - AFP

LIVERPOOL – Juara Piala Liga Inggeris (EFL), Liverpool kembali memberikan fokus kepada saingan Liga Perdana Inggeris menentang Nottingham Forest malam ini dengan harapan mampu mengatasi masalah kecederaan yang dihadapi.

Aksi final EFL menentang Chelsea sebelum ini menyaksikan Jurgen Klopp kehilangan Wataru Endo dan Ryan Gravenverch dan turun tanpa 14 pemain utama ketika menentang Southampton pada aksi Piala FA kelmarin.

Biarpun masih ramai pemain bintangnya masih belum boleh beraksi sehingga tempoh cuti rehat antarabangsa bulan ini, Liverpool mendapat sedikit perkhabaran lega apabila beberapa tonggak utama akan kembali diturunkan pada aksi di City Ground.

Dua pemain pertahanan, Ibrahima Konate dan Virgil Van Dijk akan kembali digandingkan selepas mereka hanya beraksi bagi setiap separuh masa bersama Jarell Quansah ketika menentang Southampton sebelum ini.

Berita yang paling menggembirakan Klopp adalah peluang untuk mendapatkan khidmat trio utama, Dominik Szoboszlai, Mohamed Salah dan Darwin Nunez untuk aksi bertemu Forest dianggap memiliki peluang besar.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini dijangka beraksi menentang Southampton, namun tidak diturunkan menyebabkan peluang mereka beraksi kali ini adalah lebih cerah sekali gus menambah kekuatan jentera serangan.

Kehadiran mereka mampu meningkatkan peluang untuk Liverpool mencatat kemenangan pada perlawanan tersebut sekali gus mampu untuk meneruskan cengkaman mereka di puncak liga selepas memiliki kelebihan satu mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... pool-bakal-kembali/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list