CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9827|Reply: 0

Selangor sedang berusaha cari pengganti Cheng Hoe

[Copy link]
Post time 2-3-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

JOHAN Kamal (kiri) berkata pengumuman akan dibuat dalam tempoh dua tiga minggu lagi. FOTO FAIZ ANUAR

Kuala Lumpur: Tindakan drastik ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan ketika pra-musim Liga Malaysia 2024/2025 dan memilih kelab dari Thailand, Police Tero sebagai destinasi baharu menyebabkan timbul spekulasi 'liar' siapakah bakal menggantikan dirinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon memaklumkan memaklumkan pihaknya sedang berusaha memutuskan siapa bakal pengganti Cheng Hoe paling sesuai untuk mengemudi pasukan Red Giants.

"Insya-Allah dalam dua, tiga minggu lagi kita akan buat pengumuman (jurulatih baru). Sasaran kita tetapkan dalam dua, tiga minggu lagilah sebab kita tak nak buat saat akhir sangat," katanya.

Jika lihat di media sosial, calon jurulatih yang dikaitkan ke skuad Red Giants bukan calang-calang orang apabila kesemua mereka mempunyai reputasi cukup hebat dalam kancah boleh sepak Asia.



Antara nama yang hangat menjadi sebutan termasuk bekas ketua jurulatih Vietnam dan Thailand, Park Hang Seo dan Alexandre Polking.

Jika dilihat sejarah Hang Seo bersama pasukan Vietnam, boleh dikatakan ia calon yang sesuai tambah dirinya mempunyai karakter yang sangat garang dan ini pasti akan memeriahkan lagi lagi bola sepak Malaysia.

Selain itu, Polking juga antara calon yang harus dipertimbangkan oleh Red Giants kerana dirinya sudah membuktikan kejayaan ketika membimbing pasukan Thailand sebelum ini.

Selain nama jurulatih luar negara, pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC ), Nafuzi Zain juga hangat digosipkan akan bersama Selangor FC.

Namun begitu, ketua jurulatih sementara buat Selangor FC ketika ini adalah Nidzam Jamil dan diri juga mempunyai peluang untuk dilantik secara tetap.

Ketika ini, Nidzam Jamil yang sebelum ini menjadi pembantu kepada Cheng Hoe bertindak sebagai ketua jurulatih sementara Selangor bagi memastikan latihan yang dirancang berjalan lancar sebelum pengendali baharu diumumkan kelab itu.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan jodoh Cheng Hoe dan Selangor FC tampaknya tidak panjang apabila difahamkan jurulatih itu bakal meninggalkan pasukan itu.

Untuk rekod, Cheng Hoe berjaya membawa Selangor FC menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua pada musim lalu sekali gus layak beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) musim ini.

Malah pada musim 2022 lalu, Cheng Hoe hampir menghadiahkan trofi Piala Malaysian sebelum tumbang di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di final dengan 1-2.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pengganti-cheng-hoe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194972 Replies : 4522
IKAN PALING CANTIK DI DUNIA
zasrfikriIKAN PALING CANTIK DI DUNIA
Views : 12674 Replies : 2
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16443 Replies : 49
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30484 Replies : 162
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10758 Replies : 56
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30157 Replies : 182
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113095 Replies : 486
patung singa
ainacutepatung singa
Views : 3958 Replies : 34
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6887 Replies : 48
Hipokrit zaman sekarang
chaconHipokrit zaman sekarang
Views : 4379 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058258 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list