View: 3146|Reply: 0
|
Arsenal terus mengganas
[Copy link]
|
|
REAKSI Rice selepas menjaringkan gol kelima Arsenal di Bramall Lane. FOTO AFP
Sheffield, England: Arsenal menyamai kemenangan terbesar mereka di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Sheffield United 6-0 yang menyaksikan lima gol dijaringkan pada babak pertama, awal pagi tadi.
Skuad Mikel Arteta kini hanya dipisahkan dua mata di belakang pendahulu Liverpool dengan 61 mata daripada 27 perlawanan dan satu mata di belakang Manchester City tetapi mempunyai jumlah jaringan lebih besar berbanding pencabar mereka.
Manakala The Blades kekal tercorot dengan 13 mata, 11 mata daripada zon selamat.
Gunners muncul pasukan pertama EPL meraih tujuh kemenangan berturut-turut musim ini dan tampak kembali temui momentum pada masa tepat untuk terus memberi tekanan ke atas dua pencabar teratas.
"Kami menang 6-0 hari ini dan sejak kebelakangan ini kami menang besar, tetapi cara kami bermain bermula daripada penjaga gol sehingga ke bahagian depan sangat bagus dan bangga menjadi sebahagian daripadanya.
"Ketika kami mendapat bola, kami berada dalam 'mood' yang bagus hari ini. Banyak mencipta peluang, jaring tiga gol awal dan prestasi mantap," kata kapten Arsenal Martin Odegaard.
ODEGAARD menjaringkan gol pertama Arsenal.
Arsenal bermula garang dengan mengasak kubu United sejak awal perlawanan dan tidak menunggu lama untuk membuka tirai pesta jaringan menerusi Odegaard pada minit kelima yang merembat di tengah kotak penalti selepas mendapat hantaran Declan Rice.
Penjaga gol United Ivo Grbic berdepan mimpi ngeri apabila enam nama berbeza menembusi gawangnya. Jayden Bogle menjaringkan gol sendiri minit ke-13 sebelum Gabriel Martinelli meledak gol untuk Arsenal dua minit kemudian manakala Kai Havertz (minit ke-25), Rice (min-39), dan Ben White (58) turut tidak melepaskan peluang mencipta nama sebagai penjaring.
Arsenal hampir mendapatkan gol ketujuh namun diselamatkan Grbic yang menampan sepakan lencung pemain gantian Gabriel Jesus. Mereka menyamai kemenangan terbesar di tempat lawan ketika membedal West Ham 6-0 pada 11 Februari dan menyamai perbezaan enam gol ketika menang 7-1 ke atas Aston Villa pada 1935.
Gunners turut mencatat sejarah apabila muncul pasukan Inggeris pertama menang tiga kali berturut-turut di tempat lawan dengan meledak lima atau lebih jaringan.
Mereka juga hanya pasukan kedua kelab Inggeris yang menjaringkan sekurang-kurangnya lima gol dalam tiga aksi liga utama di tempat lawan selepas Burnley pada September 1961.
United pula tewas semua empat perlawanan terakhir di Bramall Lane dalam semua kejohanan dan melepaskan 21 gol dan menjaringkan dua gol.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nal-terus-mengganas |
|
|
|
|
|
|
| |
|