CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4839|Reply: 0

[Kedah] Panggilan kes tangkapan ular di Kedah meningkat ketika cuaca panas

[Copy link]
Post time 5-3-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Panggilan kes tangkapan ular di Kedah meningkat ketika cuaca panas


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 5, 2024 @ 11:49am bhnews@bh.com.my




Anggota APM Kota Setar mengendalikan seekor ular sawa batik yang baru ditangkap.- Foto NSTP?Zulaity Zulkiffli




ALOR SETAR: Panggilan kes tangkapan ular di negeri ini mencecah kepada 1,568 kes hanya dalam tempoh dua bulan sepanjang cuaca panas atau fenomena El Nino ini bermula Januari lalu.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang suhunya boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius.

Beliau berkata, enam daerah lain yang berada di tahap satu iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang dan Kota Setar.

Katanya, daerah Kuala Muda mencatatkan kes tangkapan ular paling tinggi setakat ini iaitu 255 kes diikuti Kota Setar (245 kes) dan Kulim (183).

"Sepanjang Januari lalu, sebanyak 866 kes tangkapan ular dilaporkan manakala Februari pula sebanyak 645 kes dan 1 hingga 2 Mac pula 57 kes tangkapan.

"Antara faktor yang menyebabkan ular keluar dari habitat asalnya adalah disebabkan reptilia itu kehilangan habitat asal akibat faktor Pembangunan selain mencari tempat serta sumber makanan di kediaman manusia.

"Selain itu, ular terpaksa keluar dari habitat untuk mencari kawasan lebih redup dan banyak sumber makanan.

"Apabila di kawasan atau habitat asal kurang sumber makanan, reptilia ini akan keluar dan masuk ke kediaman manusia selain menjadikan binatang peliharaan sebagai mangsanya," katanya ketika ditemui di Pejabat APM Kota Setar, di sini semalam.

Saifuddin berkata, boleh dikatakan setiap hari anggotanya menerima panggilan kes berkaitan ular terutamanya di daerah Kota Setar termasuk Pokok Sena yang dilaporkan paling panas ketika ini.

Beliau berkata, ular biasanya akan menyorok di kawasan seperti bawah katil, bawah sofa, dalam tandas, atas alang kayu rumah, dalam longgokan kain, pasu bunga dan dalam kasut yang dirasakan sejuk untuk 'berehat'.

Beliau berkata, namun apabila reptilia itu merasa ia terancam, ia akan menyerang manusia dan mematuk atau menyembur bisa bergantung pada spesis ular berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memukul atau menangkap ular sesuka hati kerana bimbang dipatuk ular terutamanya spesis paling berbisa iaitu ular tedung selar atau 'King Cobra'.

"Ular 'King Cobra' biasanya keluar dari kawasan hutan atau semak dan biasanya tangkapan paling banyak adalah tedung senduk dan ular sawa selain tedung selar," katanya.

Saifuddin turut menasihatkan orang ramai supaya melakukan tindakan sewajarnya sekiranya dipatuk ular iaitu bertenang, hadkan pergerakan, jangan menyedut tempat dipatuk, tekan luka patukan dengan kain bersih Jika berdarah, kenal pasti ular yang mematuk serta hubungi bantuan kecemasan.

Saifuddin berkata, semua ular yang ditangkap kemudian dibawa ke pejabat APM di daerah masing-masing sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, cuaca panas ini juga turut mengundang kehadiran obor-obor terutama di Pantai Chenang dan Pantai Tengah di Langkawi.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi berlaku selain strok haba jika terdedah terlalu lama di tengah panas.

"Anggota kami di negeri ini sentiasa bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan jika berlaku kejadian kecemasan atau kemalangan ketika cuaca panas ini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195975 Replies : 4533
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30345 Replies : 177
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.055235 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list