CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19446|Reply: 0

Brest terus kejar rapat PSG

[Copy link]
Post time 5-3-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode


Pemain Brest meraikan kejayaan dihadapan penyokong mereka selepas tamat perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Le Havre. — Gambar AFP

PARIS: Brest semakin menghampiri pendahulu Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) selepas menewaskan Le Havre 1-0 pada Ahad sementara Nice terlepas peluang naik ke tangga ketiga selepas Toulouse bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1.

Satu gol selepas setengah jam permainan oleh Pierre Lees-Melou membolehkan Brest merapatkan jurang ketinggalan sembilan mata di belakang PSG dan mengesahkan rekod kelab 13 perlawanan liga tanpa kalah.

“Sangat berpuas hati. Kami merapatkan sedikit jurang, ia bagus untuk pasukan sekarang,” kata jurulatih Brest, Eric Roy.

“Saya bangga dan gembira dengan pasukan ini, yang mencipta sejarah mengharungi 13 perlawanan tanpa kalah.”

Kemenangan memberikan Brest kelebihan empat mata di  hadapan pasukan di tangga ketiga, Monaco, yang seri tanpa jaringan dengan PSG pada Jumaat.

Lees-Melou menjaringkan gol pada minit ke-34 dalam apa yang merupakan saat penentu perlawanan  yang sengit.

Brest bertahan sepenuhnya dalam separuh masa kedua kerana  keletihan dari kedua-dua pasukan dan kekasaran yang kerap berlaku.

Nice gagal mempertahankan pendahuluan pada masa rehat dan memintas Monaco di tangga ketiga selepas tewas di Toulouse.

Terem Moffi meletakkan Nice di hadapan seawal minit kelapan permainan.

Pasukan tuan rumah mengikat kedudukan pada minit ke-65  apabila hantaran Warren Kamanzi disempurnakan Thijs Dallinga untuk gol peribadi kesembilan musim ini dan gol keempat dari lima perlawanan terakhir.

Empat minit kemudian, Dallinga mengumpan bola kepada Yann Gboho untuk menjaringkan gol kemenangan.

Kekalahan menyebabkan Nice kekal di tangga kelima dan terlepas peluang memintas Monaco dan Lille.

“Kami perlu bangun,” kata jurulatih Nice, Francesco Farioli selepas pasukannya gagal meraih kemenangan kelima berturut-turut.

“Kami masih di tangga kelima, jadi kami masih dalam kedudukan mencapai sasaran kami. Kami perlu mengembalikan semula tenaga  yang kami ada di awal musim.”

Kemenangan membolehkan Toulouse naik ke tangga ke-10, memintas Lyon  yang tewas 0-3 kepada Lens pada perlawanan lewat.

Florian Sotoca memecah kebuntuan dengan satu tandukan sebelum rehat dan dua gol dalam separuh masa kedua oleh Elye wahi dan Kevin Danso memastikan Lens memintas Marseille ke tangga keenam liga.

Pada perlawanan lain, Metz membawa pulang tiga mata apabila menang 2-0 di Nantes, menerusi dua gol dalam masa dua minit oleh Georges Mikautadze, dari satu tendangan penalti dan Matthieu Udol.

Lorient meninggalkan slot playoff penyingkiran apabila menewaskan Rennes 2-1 sementara Montpellier bangkit dua kali untuk seri 2-2 dengan Strasbourg.

Keputusan seri itu bermakna Montpellier tercicir ke tangga ke-16 liga selepas Lorient meraih kemenangan. — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066230 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list