View: 8556|Reply: 4
|
Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera
[Copy link]
|
|
Jungkook berkhidmat sebagai tukang masak tentera.
SELEPAS tiga bulan menjalani latihan ketenteraan, anggota kumpulan BTS Jungkook dilaporkan diberi tugas baharu iaitu sebagai tukang masak.
Sumber memaklumkan penyanyi berusia 27 tahun itu diberi tanggungjawab berkenaan kerana Jungkook sememangnya pandai memasak.
Malah rakan-rakan satu unit dengannya dalam kem tersebut menyukai masakan dibuat Jungkook.
Jungkook kerap memasak untuk anggota BTS yang lain.
Sebelum ini juga, Jungkook sering mempamerkan kemahiran memasak kepada peminat dan tidak lokek berkongsi resipi menerusi Instagram dan Weverse.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Seven itu menerusi Weverse memberitahu peminat dia kini giat bersenam selain menjalankan tugas hakiki dalam kem.
"Saya sedang bekerja keras untuk bersenam dan membersihkan kawasan kem hingga ke siling.
"Saya turut memasak dengan baik," katanya.
Jungkook merupakan antara ahli BTS yang terakhir menyertai kem latihan tentera iaitu pada Disember tahun lalu di kem latihan Yeoncheon, Korea.
Kumpulan kpop sensasi itu dijangka bakal membuat kemunculan semula pada Jun 2025 selepas Jungkook dan Jimin menamatkan latihan mereka.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... asak-di-kem-tentera |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dia mmg suka mkn dan suka masak pun, jd xpa la. tp banding dgn members yg lain, aku rasa dia x secemerlang yg lain dlm miltary ni. but then, tu based on apa articles yg ada la. cth mcm Jimin, br ni masuk yg apanama tuh military fire direction ka apa, taehyung plak kan mmg masuk elite squad, rm pun ada achieved sth, jin dgn hobi pun excel. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang i baca , jungkook ni injured during training. knee injury. maybe la sebab tu dia tukar devision.sebelum ni sama dengan jimin. yang penting my baby happy and healthy kat dalam tu. jadi tukang masak ke tukang cuci ke apa ka i beleived jungkook akan sungguh2 buat tugasan dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
dorang dua join as companion soldier kan hr tu? ingatkan akan masuk sama division. kiranya dah beza la kan division dorg
|
|
|
|
|
|
|
|
ha ah. now dah tak sama. sebelum ni both under artilery department tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|