View: 10351|Reply: 4
|
Sudah banyak kali batal saat akhir, tiket konsert Adele di Jerman tak laku
[Copy link]
|
|
Peminat bimbang untuk beli tiket konsert jelajah Adele.
TIKET konsert jelajah Adele di Jerman dilaporkan tidak terjual susulan peminat takut penyanyi itu membatalkan persembahan di saat akhir.
Ia susulan Adele, 35, sudah beberapa kali membatalkan konsert residennya di Las Vegas susulan masalah kesihatan membabitkan vokalnya.
"Malangnya saya mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan semasa persiapan konsert sehingga merosakkan suara saya.
Adele mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan.
"Doktor menasihatkan saya untuk berehat dan tangguhkan konsert ini," katanya.
Susulan itu, peminat enggan membeli tiket konsert penyanyi itu di Munich kerana risau konsert tersebut akan turut terjejas.
Tambahan pula, harga tiket yang mahal mencecah RM6,000 menyebabkan peminat ragu untuk membeli tiket konsert penyanyi lagu Easy On Me itu.
Justeru, Adele digesa untuk sentiasa memaklumkan berkenaan keadaaan kesihatannya dari masa ke semasa kepada peminat.
Penyanyi British itu mengumumkan yang dia bakal mengadakan sepuluh persembahan di arena terbuka di Munich Messe, Jerman.
Konsert ini dijangka akan berlangsung selepas konsert di Las Vegas yang tertangguh berakhir pada Jun depan.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... -di-jerman-tak-laku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa kata put everything on hold dulu smpai betul2 pulih br announce dan jual tix? br la fans x hesitant nk beli tix. |
|
|
|
|
|
|
|
Rehat je la dulu, biar dah betul2 sembuh baru start tour balik..get well soon!! |
|
|
|
|
|
|
|
dh tau tak sihat gedik nk berkonsert kenapa??? |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia dah kurus ni nampak mcm muka pondan pulak..awat eh |
|
|
|
|
|
|
| |
|