CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5195|Reply: 0

[Selangor] Trafik perlahan dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi

[Copy link]
Post time 8-4-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Rakaman CCTV LLM memaparkan trafik sesak dan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi ekoran pertambahan kenderaan setakat pukul 10.16 pagi tadi.

PETALING JAYA – Trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan ekoran pertambahan kereta dan berlakunya kemalangan di sesetengah lokasi setakat pukul 10 pagi tadi.

Menurut rakaman televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya Malaysia, trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Di Lebuh Raya Pantai Timur, trafik dilaporkan sesak 3.5 kilometer dari Lanchang ke Temerloh disebabkan berlakunya kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 108.3 yang menghalang lorong kiri dan kanan.

Trafik juga dilaporkan sesak 20 minit di Lebuh Raya Timur Barat dari dari Machang ke Tanah merah.

Di Lebuh Raya Plus Utara, dijangkakan kelewatan dari Bandar Baharu ke Jawi dan dari Bukit Tambun ke Juru ekoran pertambahan kenderaan.

Bagaimanapun, pemerhatian di beberapa lokasi di Lebuh Raya Plus Utara seperti Slim River, Simpang Pulai, Tapah dan Bidor kelihatan lancar dari kedua-dua arah.

Destinasi ke arah Selatan di Lebuh Raya Plus Selatan juga kelihatan lancar di Bangi, Nilai-Seremban, Pedas – Linggi, Port Dickson, Jasin dan Simpang Ampat walaupun berlakunya pertambahan kereta.

Terdahulu kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja iaitu pada 8 dan 9 April depan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan berkata, insiatif itu adalah sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ah-ke-bukit-tinggi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.073473 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list