View: 52883|Reply: 85
|
Isteri Orang Bercinta Dengan Bekas Kekasih (suami org)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by hitamputih at 16-3-2011 12:11
Di awalan ingin ku katakan dan akui memang aku bersalah, berdosa dan silap tentang ini tapi kerana ati dan perasaan aku takle di elak2...
Untuk makluman semua, aku dan ex masa sekolah menengah ni dulu masih berkawan, cukup rapat dengan keluarga masing2 hingga kadang2 bole breakfast dan dinner bersama-sama dan pernah juga pergi holiday sesama family tapi masa tu aku memang takde feeling dengan dia sebab aku tak suka sikap dia yang kuat menganjin (menyakat)..
Aku kenal rapat dengan isterinya dan dia juga kenal rapat dengan suamiku.. Dia telah pun berkahwin selama 10 tahun dan aku berkahwin selama 8 tahun.. Di mata orang, aku mempunyai keluarga yang bahagia sedangkan aku yang merasa sorang-sorang ketidakpuasan ati aku tentang suamiku yang kurang bertanggungjawab dan tidak pernah memberi nafkah zahir walaupun RM50 dan membeli barang-barang dapur.
Bukan maksudku suamiku tidak ingin memberinya cuma dia kekurangan duit dan aku faham akan kekurangannya itu dan aku sanggup hidup susah dan senang bersamanya cuma bila dalam tempoh yang agak lama kami berkahwin (8 tahun) perubahan itu masih tiada.. Terlalu banyak aku yang tanggung perbelanjaan, rumah, anak-anak malah kekadang perbelanjaan dia sekali, tentang perbelanjaan aku kompem la aku yang tanggung sendiri dan membuat aku hilang sabar..
Dan sikapnya yang sering amik lewa bila ku tegur pun membuat aku fed up dan hingga satu ari aku 'hint' ex aku suruh dia jadi bf aku.. pada mulanya hanya main-main kerana aku memang anggap dia kawan sebab aku tak suka dengan perangai dia tapi setelah kami rapat dan aku mengenali ati budi dia, baru aku tau sikap sebenarnya..
Aku pun baru tau dia pun ade masalah dengan istrinya yang selalu mengabaikannya kerana terlalu taksub dengan perniagaan kedai makannya itu. Bila masing-masing meluahkan perasaan, akhirnya perasaan benci aku padanya bertukar menjadi sayang, kasih, cinta dan rindu.
Aku akui, dah lama aku nantikan sikap suami sepertinya. Dipendekkan cerita, hal kami telah pun terbongkar dengan pasangan masing-masing cuma kami tak mampu untuk berpisah kerana ati dan perasaan kami terlalu kuat dan utuh kini.. Berpisah dengan pasangan masing2 pun kami agak sukar kerana memikirkan anak2 yang masih kecil.
Aku pasrah dengan ketentuanNya. Bukan aku pinta sebegini, kalo aku pinta sebegini, dah lama dah aku menjalinkan hubungan dengannya tapi entah kenapa ujian Allah kali ini aku tergelincir dan jatuh terus. Aku dah tiada perasaan dengan suamiku dan aku dah tak sanggup berpura2 lagi.
Aku tidak dapat menganyam impian dengan suamiku kerana aku tau dan pasti hanya aku seorang yang tanggung tapi dengan ex aku, mungkin kami boleh berkongsi. Ex aku tidak sekaya mana tapi kalo setakat nak membina impian bersamanya, dia boleh membantu aku. Dan untuk masa depan anak2 pun dia boleh membantu aku.
Kejam sangat ke aku? Aku ke yang bersalah tidak memberi peluang pada suamiku sedangkan dah berkali2 aku memberinya peluang dan menegur agar tingkatkan kewangan walau dengan cara apa sekalipun? Sedangkan semampu aku pun, aku cuba berniaga kecil2an demi kerana menambahkan pendapatan.
Ape nasihat dan pendapat korang untuk insan yang hina ini?
tam: p.s- tukar tajuk untuk lebih clear. |
|
|
|
|
|
|
|
sila edit posting anda.....
aku mls nk bce sbb saket mte :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hitamputih at 16-3-2011 12:09
nasihat saya: sila wat perenggan......
dah tlg wat perenggan ..mula mula ingatkan Newbie bebetul,sekali tgk first post dah pandai wat tulisan kaler maler bagai. musykil lak
takper, MN pun takpe. dah highlight point kaler merah. so silakan laa sesapa nak melahar komen. |
|
|
|
|
|
|
|
perenggan la... |
|
|
|
|
|
|
|
nasihat saya: sila wat perenggan......
dah tlg wat perenggan ..mula mula ingatkan Newbie bebetul ...
hitamputih Post at 16-3-2011 11:59
da edit pn dia nye mslh cm mls nk tlg |
|
|
|
|
|
|
|
sila edit posting anda.....
aku mls nk bce sbb saket mte
sAKuRa_204 Post at 16-3-2011 11:57
Jangan le sakit mata sakura....tulisan yang bekaler-kaler tu menunjukkan perasaan TT yang sedang berbunga-bunga..... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan le sakit mata sakura....tulisan yang bekaler-kaler tu menunjukkan perasaan TT yang sedan ...
jazaa Post at 16-3-2011 12:13
sket mta pasal dia xde prenggan memule |
|
|
|
|
|
|
|
8 n 10 thn kahwin adalah satu jangkamasa yg lama.. terima je la kenyataan yg u ol berdua mmg... curang :@
harap both of u insap or terima je la balasannye nnti
kalo x bahagia ngan pasangan msg2 pun selesaikan dgn cara yg baik, nak pisah ke nak hapa ke.. bkn dgn berskandal2 mcm ni. lps tu ckp takdir la..bukan dipinta la.. korg yg curang, pastu menyalahkan takdir.
*sbb i anti org curang, so i mls nk komen lebih. nnti emo |
|
|
|
|
|
|
|
tak kemana aper yg ko nak tue..berpijak ler dibumi nyata dik oit!..selesai kan satu persatu..bukan wat hubungan yg mmg sah2 ler berdosa...kalau pun ko dah xsayang sgt kat laki ko yg pangai xruper org tue...tapi ingat ler Allah dik!...aper pun sikap kiter..kehendak kiter...Allah tetap no. 1. nie idak..lagi wat onar pulak...ko ngan laki ko pun sma lar aik..2x5 gek...xkoser lah |
|
|
|
|
|
|
|
1. siap sedia utk disembur forumer lain ok.
2. kau dah tau kelemahan suami kau tu, kenapa nak kawin dgn dia jugak? samalah mcm kita manusia ni jugak. sebelum azali merayu2 kat Tuhan utk jadi manusia & janji kat Dia yg kita blh jalankan tanggungjawab / jadi hamba yg patuh. sekarang? hmm....
bukan aku pinta sebegini, kalo aku pinta sebegini, dah lama dah aku menjalinkan hubungan dengannya tapi entah kenapa ujian Allah kali ini aku tergelincir dan jatuh terus. Aku dah tiada perasaan dengan suamiku dan aku dah tak sanggup berpura2 lagi.
3. kau yg mula menggatal bg hint segala kat exbf kau kan? yg kau buat mcm tu kenapa? tu bukan dugaan Tuhan bagi, tu sengaja cari pasal. Kau patut cakap kat diri kau sendiri "padan muka aku".
4. aku rasa expectation kau terlalu tinggi utk tengok hidup kau/famili kau berubah. sbb tu meroyan siap bg hint kat exbf segala bagai.
5. yg exbf kau tu melayannnn.. puan, org lelaki ni kalau dah dikeneng/digoda/diprovok, walau dia pak lebai, tanduk akan tumbuh jugak. kalau aku bg cadangan supaya kau jauhkan diri dr exbf kau tu, kau nak tak? mesti taknak kan..
6. jgnla hidup kita ni dikuasai nafsu. nafsu ni antara dugaan Allah yg terkuat. nafsu utk hidup senang, nafsu tak puas hati dgn apa yg ada skrg. ini keinginan kau skarang. jgn tinggal solat 5 waktu. pendinding segala nafsu tu.
7. tolong lupakan boipren kau tu. ala rasanya sama la mcm putus cinta. sekejap je kau nangis. sebulan dua sembuh la tu. baik kau nangis atas tikar sejadah.
8. suami kau tu org yg baik tak? bertanggungjawab? taat pada agama? hormat orang? penyayang? sex life kau ok? kalau takde masalah dgn semua ni, elok kau pergi baikpulih sistem kekeluargaan kau tu. bincang elok2 dgn suami mcm mana nak naikkan taraf hidup keluarga. kalau ada masalah dgn itu, kalu blh je bukak thread baru tanya pasal masalah kau tu. ramai sanggup tolong dgn rela hati. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mari kte evaluate kata2 TT :
1. ku yang merasa sorang-sorang ketidakpuasan ati aku tentang suamiku yang kurang bertanggungjawab dan tidak pernah memberi nafkah zahir walaupun RM50 dan membeli barang-barang dapur.
Bila dah xsuka suami semua keburukan diceritakan
2.dia pun ade masalah dengan istrinya yang selalu mengabaikannya kerana terlalu taksub dengan perniagaan kedai makannya itu
Menceritakan keburukan isteri bile dah tak disukai lagi
3.Dia telah pun berkahwin selama 10 tahun dan aku berkahwin selama 8 tahun
Dulu leh bertahan,skrg xleh...anak mesti dah besar2 nih
4.Aku ke yang bersalah tidak memberi peluang pada suamiku sedangkan dah berkali2 aku memberinya peluang dan menegur agar tingkatkan kewangan walau dengan cara apa sekalipun
Ye..anda bersalah.Sbb apa,mari huraikan dibawah
Kesalahan : Menduakan suami
Surah al-Nisa, ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah melebihkan orang lelaki atas wanita dan juga kerana orang lelaki membelanjakan daripada harta mereka. Maka wanita yang soleh itu adalah sendiriyang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah....”
Solution : Sila berpisah sahaja lah.TT xlayak utk suami TT dan pakwe TT tidak layak utk isteri. Mereka seorg yg setia.Walaupun susah mane tidak pernah menduakan pasangan masing2
Kesian... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masalah utama= Duit... kalo laki ko kaya dijamin ko tak carik boypren lain kott |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu lah kwn2 kusalu berkata....
kita kene tgk...kita mampu x nak hidup ngn dia..susah sesama dia...kalau dia susah..kita nak ke..kene fikir dr zaman bercinta...bkn selfish..ataupun mata duitan...tp..kemampuan kita...sanggup ke hidup susah..kita x tau..apa akan jd..10 thn akan dtg...kita x tau future...sanggup ke kita bersama dgn mereka..bertahan dgn mereka selamanya...
tetiba terfikir utk diri sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku akui, dah lama aku nantikan sikap suami sepertinya. Dipendekkan cerita, hal kami telah pun terbongkar dengan pasangan masing-masing
puan, kau nak ke kalau kau dah kawin dgn boipren kau tu, dia akan curang dgn kau pulak. alasan dia, kau ni tak habis dgn DUIT DUIT DUIT. kau nak mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Puan,
ada beberapa pertanyaan :
1. berapa lama dah berhubungan dgn ex bf tu?
- hati2 bila berhubungan, jgn sampai terikut nafsu hingga terbuat kemungkaran...
2. setakat mana perancangan hubungan puan, setakat utk suka2 atau ada matlamat sampai utk berkahwin denggannya?
Sy nasihatkan kalau setakat utk suka-suka, baiklah hentikan hubungan tersebut, nanti rasa seronok pula berbuat dosa.
Jika dah tawar hati dgn suami, cari jln penyelesaian terbaik...
3. Puan jgn ambil hati dengan kata2 kutukan dalam forum ini, sebab apa yg puan buat adalah mencarik adat dan agama, tak ramai yg akan memberi simpati pd puan... |
|
|
|
|
|
|
|
kakak...
masa hubungan terlarang tu terbongkar, kakak tgk tak wajah suami? apa tindakan suami?
bg menjawab persoalan kakak tu...
::Kejam sangat ke aku? Aku ke yang bersalah tidak memberi peluang pada suamiku sedangkan dah berkali2 aku memberinya peluang dan menegur agar tingkatkan kewangan walau dengan cara apa sekalipun? Sedangkan semampu aku pun, aku cuba berniaga kecil2an demi kerana menambahkan pendapatan::
ye, kakak kejam sangat pada suami... kakak bersalah pada suami. selagi suami tak redha, Allah takkan redha... walau camne teruk & berdosa suami kakak pada kakak, tapi tolonglah, masih ada jalan selain curang.
kadang2 kita manusia yang hina ni, lupa... selalu lupa...
minta ampun banyak2 pada suami kakak... |
|
|
|
|
|
|
|
make it or break it... u know whats right and wrong, close friends & family will symphatize, but no reasons can justify the infidelity..
so either divorce or stop the affair altogether.. but better do it quick before its too long & any steps you'll take will hurt all parties deeply..
hope you'll choose the right path ya sis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..
nak komen lebih2 takleh..sbbnye mel pun tak kawen lagi..
tapi melalui ape yg mel baca dgn masalah kamu ni..mel bole ckp..ni bukan dugaan Allah..
kamu yg saje nak carik masalah..
hmmm....ntah..pape pun..cuba muhasabah diri dan timbang baik buruknye dulu sebelum buat pape keputusan next time.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# datsme
Memang berat ujian Allah bagi kat puan ni. Jadi, bila sebut psl ujian, mesti ada penghujungnya. Cuma lama mana masa itu Allah yang tentukan. Pertama sekali, puan saya cdgkan bertaubat di atas segala dosa terhadap suami. Siapa yang nak hidup susah? saya percaya suami puan pun inginkan kesenangan dari sudut material untuk dikongsi bersama puan dan anak-anak. Saya puji kesabaran puan selama 8 tahun itu, tapi puan sedarkah berapa juta manusia yang hidup dlm kesusahan sebaik lahir sehingga lah mati?
Perlu perlu muhasabah diri dan renung dalam2 konsep sabar dan syukur. Cuba hitung berapa banyak hadiah yang Allah telah beri kepada puan. Berapa ramai zuriat Allah telah beri kepada puan? Berapa banyak langkah Allah izinkan Puan berjalan di muka bumi ini? Berapa kali sehari puan dan anak-anak menjamah rezeki yang dikurniakan? Pesan saya, jangan mendongak orang di atas, tetapi sekali sekala jenguklah orang di bawah.
Puan, syaitan itu takkan sekali kali berputus asa menyesatkan dan memesongkan umat Muhammad SAW. Contohilah isteri-isteri nabi yang tak pernah merungut jika tidak diberi kesenangan dan kemewahan duniawi, kerana mereka tahu dan yakin dengan kesenangan dan kemewahan yang mereka akan terima di syurga kelak.
Wallahualam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wey tolong la kesian kat anak-anak tu
hanya sbb kewangan ko dah berubah hati, habis ko ingat exbf / bf tu nnt kaya forever and ever ke? belum tentu jugak kan. ntah2 nnt laki ko pun tiba2 Allah nak beri rezeki, dpt bawak ko n anak2 bercuti tempat2 eksotik lagi sebulan dua
nafsu tu sume, nafsu... tlg laa kuatkan iman perangi nafsu tu, jauhkanla diri dari ex ko tu
seriously, kesiankan la anak2 ko |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|