CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6020|Reply: 0

[Pahang] Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri

[Copy link]
Post time 22-4-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri

OlehNIK AMIRULMUMIN NIK MIN

22 April 2024 09:23am








Tangkap layar video tular memaparkan tindakan bahaya seorang pemandu warga emas yang memandu secara melawan arus di Jalan Mahkota Jumaat lalu.




KUANTAN - Seorang lelaki warga emas yang dikesan memandu secara melawan arus dan mengabaikan isyarat lalu lintas di Jalan Mahkota di sini seperti yang tular di laman sosial sejak Sabtu telah hadir menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuantan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.



Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi kompeten untuk memandu kenderaan.

"Kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan didaftarkan atas nama salah seorang anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur," katanya.



Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya menyedari video tular itu kira-kira jam 2.30 petang selepas dikongsi seorang pengguna Facebook.

"Video terbabit memaparkan kejadian sebuah kereta dipandu seorang lelaki bersama penumpang bergerak dalam keadaan melawan arus.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi Jumaat lalu di Jalan Mahkota berhampiran sebuah pasar raya di sini dan pemandu tersebut didapati
memandu secara melulu melawan arus dari arah Jalan Mahkota ke arah Jalan Bank," jelasnya.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


"Notis saman di bawah seksyen sama juga dikeluarkan ke atas suspek atas kesalahan pengabaian isyarat lalu lintas (lawan arus)," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.277906 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list