View: 5733|Reply: 35
|
[Politik]
Calon PH sahut cabaran PAS, dedah keputusan 10A SPM
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 29-4-2024 01:56 PM
Semua subjek A - Calon PH sahut cabaran PAS, dedah keputusan SPM
Diterbitkan: Apr 29, 2024 12:10 PM
Calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao berkongsi keputusan SPM dan UPSR yang menunjukkan keputusan cemerlang semua A.
Bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming itu berbuat demikian sebagai maklum balas kepada cabaran Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari semalam.
Wanita 31 tahun dari Ampang itu mengambil SPM pada 2010 dan mendapat keputusan semua A, meliputi A+, A dan A-.
Lebih menarik, pelajar Sekolah Menengah Chung Hua di Port Dickson, Negeri Sembilan itu mendapat keputusan lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (A) dan Bahasa Inggeris (A+), berbanding Bahasa Cina (A-).
“Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari bertanya tentang UPSR dan SPM saya.
“Inilah jawapannya.
“Saya terhutang budi kepada guru-guru yang pernah mengajar saya.
“Ucapan terima kasih sahaja memang tidak cukup sebagai balasan atas jasa bakti yang telah dicurahkan dalam mendidik saya,” katanya.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada “daddy” dan “mommy” yang tidak pernah mengabaikan pendidikan anak-anak.
Fadhli membuat cabaran itu semalam selepas calon Khairul Azhari Saut berdepan kontroversi berkaitan status pengajian.
Ini susulan posternya yang mencatat dia memperoleh diploma eksekutif pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019 dan sarjana eksekutif dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dua tahun selepas itu.
Orang ramai mempertikaikan bagaimana dia melompat terus ke peringkat sarjana tanpa mengambil ijazah sarjana muda dulu, selain bagaimana dia menghabiskan pengajian pada 2021 ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).
Khairul Azhari Saut
“Isu pendidikan calon PN telah selesai. Pihak Universiti (UMP) telah keluarkan kenyataan berhubung kelulusan master (sarjana) eksekutif pengurusan perniagaan yang dimiliki beliau bahkan transkrip sijil juga telah disebarkan.
“Sekarang, saya mencabar calon PH pula untuk nyatakan pendidikan rendah dan menengahnya. Silakan. Di manakah peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) diambil, tentu menarik untuk diketahui,” ujarnya.
Sementara itu, Pang juga berkongsi sijil UPSR pada 2005 yang menunjukkan dia mendapat A untuk semua subjek.
DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Pang, Khairul, Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).
Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan diadakan pada 11 Mei manakala tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Muka kepam sungguh calon pn.dahla katanya geng jemin |
|
|
|
|
|
|
|
Asal menunggang je tak kira la retis jantan ke setat jadian ke politicians ke mesti nak tunjuk jari telunjuk ke atas. Dah kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Lah ni
(1) MP Pasir Mas
(2) calon PN KKB
patut kemukakan keputusan SPM & USPR masing2
Ada bran atau tak
Ooopppsss ... kita sama2 tengok apa pulak alasan2 untuk mengelak tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
kalau berdasarkan keputusan makanya ramai lagi yg layak selain amoi ini. amoi ni mcm jual soyabean kt pasar meru |
|
|
|
|
|
|
|
Yg calon PN tu siap ckp study kt Malaysia Investment School lg ....ni kt fb dia la
Celah burit mana la wujudnya sekolah tu kt msia nih |
|
|
|
|
|
|
|
sam1528 replied at 29-4-2024 03:00 PM
Lah ni
(1) MP Pasir Mas
(2) calon PN KKB
Result spm mp Pasir Mas tu byk gred C,D dgn E jah..malu nk tunjuk |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 29-4-2024 06:26 PM
Result spm mp Pasir Mas tu byk gred C,D dgn E jah..malu nk tunjuk
Masa meols keje kilang dulu, ada bdk hantar resume lepas tu call opis. Jawatan operator guna SPM . Boss meols tanya lah nape banyak sgt dapat D ni. Awak belajar ke tidak ni. Hahaha kesian pulak meols dgr. |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 29-4-2024 03:42 PM
kalau berdasarkan keputusan makanya ramai lagi yg layak selain amoi ini. amoi ni mcm jual soyabean k ...
Tgk dari jauh mcm uqasha senrose. Gambar close up biasa je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tanya aku , macam ada unsur MP Pasir Mas nak sabotage calon PN dari Bersatu ni
Dia saja bawak isu sekolah vernakular dimana peratus non Muslims kat kawasan ni agak tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
Menggelupur fadhli shaari lepas amoi DAP post result. Lepas tu tuduh org lain koyak walhal sendiri yg mencabar. Bodo punya lobai |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mana yng berbunyi tu?awat senyap jah. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-4-2024 08:11 PM
Tgk dari jauh mcm uqasha senrose. Gambar close up biasa je.
Celah mana rupa uqasha ni?
Baidewei, jaman dia dah takde pmr ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 29-4-2024 09:08 PM
Celah mana rupa uqasha ni?
Baidewei, jaman dia dah takde pmr ka?
Ada. Tp lobai fadhli shaari tanya pasal upsr & spm ja |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 29-4-2024 03:42 PM
kalau berdasarkan keputusan makanya ramai lagi yg layak selain amoi ini. amoi ni mcm jual soyabean k ...
Ada ler jugak latarbelakang academic....ko? University of life kheunz?
Jadi jugak org...bukan mongek kheunz?
Kahkahkahkah
Met raya... |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 29-4-2024 06:26 PM
Result spm mp Pasir Mas tu byk gred C,D dgn E jah..malu nk tunjuk
Gred C,D,E ok lagi tapi kalau Absent or UNRECORDED?
Kahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 29-4-2024 09:29 PM
Ada. Tp lobai fadhli shaari tanya pasal upsr & spm ja
Oh alang2 tu patutnya tanya teruih la semua.. siap dgn uni results.. giteww.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 29-4-2024 09:41 PM
Oh alang2 tu patutnya tanya teruih la semua.. siap dgn uni results.. giteww.. haha
Lepas amoi tunjuk result, netizen tanya lobai fadhli xnak post result spm jugak ke? lobai spin jawab dia bukan calon. Ceh kerja nak menyibuk org punya je... |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 29-4-2024 03:00 PM
Asal menunggang je tak kira la retis jantan ke setat jadian ke politicians ke mesti nak tunjuk jari ...
Ni sebab dia calon no 1 kot. Suruh orang undi no 1. Kot la. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum cabar, ahmad fadhli takde ke siasat dulu atau fikir akibatnya? Sekarang dah orang kata fadhli ni campaign manager calon PH sebab tolong promo result cemerlang calon tu. Kalau tak kerana dia cabar, apa alasan calon PH tu tiba2 nak tayang slip keputusan SPM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|