View: 9309|Reply: 3
|
Peminat bimbang tengok Justin Bieber menangis
[Copy link]
|
|
Justin Bieber buat peminat risau.
PENAMPILAN dilihat tidak terurus membuatkan ramai peminat membuat spekulasi penyanyi Justin Bieber kini sedang berdepan gangguan kesihatan mental.
Lebih membuatkan peminat berasa bimbang apabila Justin dilihat berkongsi foto dirinya sedang menangis menerusi satu hantaran di Instagram.
"Dia mengalami saat sulit saat ini dan tidak seperti biasanya yang selalu ceria,” kata salah seorang peminat.
Justin Bieber bersama isterinya Hailey Baldwin.
Melihat keadaan Justin ini, peminat meminta supaya Hailey Baldwin untuk memantau keadaan suaminya itu.
Apa yang berlaku terhadap Bieber saat ini turut menarik perhatian pakar penterjemah tubuh terkenal iaitu Judi James yang memberitahu bahawa penyanyi berusia 30 itu mengalami masalah hubungan intim yang sudah lama.
Sementara itu, isterinya iaitu Hailey dilihat turut memberikan respon dan komen terhadap foto suaminya itu yang dilihat lucu baginya.
Kata model itu lagi, suaminya merupakan seorang lelaki yang mudah menangis.
“Bieber ni orang yang sangat mudah menangis,” komen Haily di Instagram Justin Bieber.
Dalam pada itu model berusia 27 tahun ini menepis segala dakwaan dan spekulasi yang mengatakan rumah tangganya kini sedang bergolak dan hubungannya bersama suami sedang dingin
https://www.mstar.com.my/spotlig ... alah-hubungan-intim |
|
|
|
|
|
|
|
nanges takpe ada bini boleh pujuk kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian buat apa.
Dia nangis pon duit berkepok.
Baik ko nangis tengok dompet engkau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|