CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6673|Reply: 0

Azrin mahu melakar kejayaan bersama NSFC

[Copy link]
Post time 4-5-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

AZRIN akan berusaha mendapatkan minit permainan yang lebih musim ini. FOTO Ihsan NSFC

Seremban: Pemain pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC), Azrin Afiq Rusmini berazam mahu melakar kejayaan bersama skuad Hobin Jang Hobin bagi aksi Liga Malaysia (Liga M) yang bakal memulakan cabarannya pada 10 Mei ini.

Menjadi impiannya untuk musim pertama bersama Negeri Sembilan membantu pasukan melakar kejayaan lebih baik dengan menjulang salah satu piala yang dipertandingkan.

Pemain muda berusia 22 tahun ini juga akui tidak terkesan dengan penambahan pemain import sebaliknya dia mahu menjadikan perkara itu sebagai suatu cabaran untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama secara sihat.

"Saya akan berusaha mendapatkan minit permainan yang lebih musim ini dan bantu Negeri Sembilan meraih pencapaian lebih baik.


"Kehadiran ramai pemain import tidak akan memberi kesan kerana saya melihat ia sebagai suatu perkara yang positif ketika status Liga M yang sudah banyak berubah dan maju ke hadapan.

"Saya akan bekerja keras dalam setiap latihan dan perlawanan. Bagi saya pemain perlu tunjukkan apa yang ketua jurulatih hendak dalam latihan," kata Azrin, hari ini.

Musim lalu, Azrin yang menyarung jersi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mampu membuat penampilan dalam lima perlawanan dan beraksi sebanyak 64 minit permainan.

Pemain berstatus pinjaman daripada Selangor FC ini juga turut tersenarai dalam barisan pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun untuk saingan Piala Asia AFC tahun lalu.

Dia akan cuba berusaha sehabis baik dengan apa yang mampu untuk membalas kepercayaan kelab.

"Menerusi bimbingan ketua jurulatih Azzmi Aziz dan rakan sepasukan baharu setakat ini, saya dapat rasakan kemajuannya dan kini lebih yakin dengan tahap prestasi.

"Saya berharap dapat buktikan kemampuan diri dan mahu cuba merebut peluang ini untuk sama-sama menaikkan kembali nama pasukan Negeri Sembilan pada musim ini," kata Azrin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... jayaan-bersama-nsfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050590 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list