View: 6877|Reply: 9
|
[Dunia]
India sentap setelah dituduh negara Xenofobia oleh Joe Biden
[Copy link]
|
|
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran. - Reuters
MOSCOW: Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar menyangkal kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bahawa India adalah sebuah negara xenofobia dan berhadapan dengan masalah ekonomi, lapor Sputnik
Awal minggu ini dalam satu kempen mengumpul dana, Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran. Beliau berkata ini adalah faktor kepada masalah ekonomi di negara berkenaan.
"Pertama, ekonomi kita tidak tersangkut-sangkut... India sememangnya sebuah negara unik. Saya katakan sebenarnya dalam sejarah dunia ia merupakan sebuah masyarakat yang amat terbuka. Orang yang berbeza daripada masyarakat berlainan datang ke India," kata menteri itu dalam satu majlis meja bulat anjuran akhbar Economic Times pada Jumaat.
Jaishankar berkata undang-undang Kerajaan India mengalu-alukan ketibaan migran untuk melawat negara itu.
"Oleh kerana itu kami ada CAA (Akta Pindaan Kerakyatan) yang membuka pintu kepada mereka yang dalam masalah ... saya fikir kami harus terbuka kepada mereka yang mempunyai keperluan datang ke India, yang mempunyai satu tuntutan untuk datang ke India," katanya.
Rumah Putih berkata apa yang Biden katakan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan Jepun dan India tetapi sebagai menzahirkan kedudukan AS yang lebih luas dalam isu penghijrahan.
-- BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jepun and russia tu fahamlah kalau org nak migrate tapi india??? China?? Ada ke org nak migrate ke india? |
|
|
|
|
|
|
|
Sarr....we support you sarr |
|
|
|
|
|
|
|
india tu rakyat sendiri pun tak cukup tmpt nak duduk, motip nak suh rakyat lain masuk sana??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 5-5-2024 07:30 PM
Atok Bidin yang sentap letewww negara sendirik jadi tempat bersarang immigran mengejar Murika Dream sampai banyak jenayah dibuat immigran kat sana dan Murika dah jadik serope negara duniyya ketiga dah.
Dah penat terima immigran ketewww?
Rohingyak tersenyom sinisss tak sabor nak masok Jepon, Rusia Oksana, Yindia dan PRC selera eksotik tu |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 5-5-2024 07:03 PM
india tu rakyat sendiri pun tak cukup tmpt nak duduk, motip nak suh rakyat lain masuk sana???
Rakyat luar pon x mo duk india… takut wehhh kes rogol dan macam2 kes. Belum cite pasal makanan dan mcm2 pencemaran. Pastu org nak ke pindah ke 3rd world country |
|
|
|
|
|
|
|
sejak abad ke15 lagi rakyat depa tu yg jadi imigran kat negara org
yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
American perlu jadi racist baru ramai ada akai... Ssmbang kencang ramai tidak sampai amerika... |
|
|
|
|
|
|
| |
|