CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2943|Reply: 0

[Perak] JSJN Perak rampas dadah nilai lebih RM4 juta

[Copy link]
Post time 6-5-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Yusri pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. FOTO L Manimaran

Ipoh: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas dadah bernilai lebih RM4 juta sejak awal tahun ini hingga semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah itu membabitkan tangkapan keseluruhan seramai 7,171 orang.

"Ia membabitkan seramai 946 orang ditangkap kerana membekal, 2,012 orang (memiliki), 48 orang mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan 4,165 orang ditangkap disebabkan positif ujian saringan air kencing.

"Bagi rampasan dadah pula, sebanyak 54.934 kilogram (kg) syabu bernilai RM 3.13 juta, 1.54kg ketamin (RM231,568.50), 0.328kg pil ecstasy (RM7,227), 0.592kg pil yaba (RM6,519.70), 1.157kg pil erimin 5 (RM51,760.48) dan 0.019kg kafein (RM6,587).


"Selain itu, sebanyak 2.522kg ganja bernilai RM25,220.60 dan 40.911kg heroin (RM634,895.90) dirampas dalam tempoh sama" katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Mohd Yusri, berkata, keseluruhan nilai sitaan harta bagi kesemua rampasan dadah berkenaan adalah RM4.24 juta.

"Bagi Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sebanyak 264 orang sudah dituduh di mahkamah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilai-lebih-rm4-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049082 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list