View: 8747|Reply: 29
|
Stephen Chow letak nama 2 pelakon cantik dalam wasiat
[Copy link]
|
|
Stephen Chow dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak RM877 juta.
KECEMERLANGAN karier raja komedi iaitu Stephen Chow selama 34 tahun menjadikannya sebagai salah seorang selebriti terkaya di Hong Kong.
Dilaporkan Stephen, 62, memiliki kekayaan bernilai AS$185 juta atau RM877 juta hasil daripada lakonan dan pengarahan selain terlibat dalam beberapa jenis perniagaan.
Bagaimanapun, pelakon filem Shaolin Soccer itu tidak bercadang meninggalkan semua harta tersebut kepada keluarga sebalik ada perancangan lain.
Stephen Chow sertakan nama Cecilia Cheung dan Xu Jiao dalam wasiatnya.
Stephen menerusi hantaran di laman sosial Weibo mendedahkan dia mewasiatkan sebahagian daripada kekayaannya kepada dua pelakon wanita iaitu Cecilia Cheung dan Xu Jiao.
Cecilia diketahui memang mempunyai hubungan akrab dengan Stephen memandangkan mereka banyak terlibat dalam pelbagai filem seperti King of Comedy pada 1999, Shaolin Soccer (2001) dan The New King of Comedy (2019).
Manakala Xu Jiao pula pernah berlakon bersama Stephen dalam filem komedia sci-fi berjudul CJ7 ketika usianya lapan tahun.
Sejak itu, hubungan mereka bertambah akrab dan dilaporkan Xu Jiao juga adalah anak pembaptisan Stephen dan turut membantu pelakon berusia 26 tahun itu dari segi kewangan.
Untuk rekod, Stephen tidak pernah berkahwin atau pun mempunyai anak.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... cantik-dalam-wasiat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kahwin lg ke ko ni gayah kot stephen? Tapi ada jer lelaki jenis workaholic tak fikri sudah pasal kahwin.. Belum terlambat lagi stephen nak and dapat anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Laa..tak pernah kawin ke..rupa dia helok gak masa muda dulu..dah la kelakar..kalau kat malaysia ni dah bersusun pompuan cantik mengendeng |
|
|
|
|
|
|
|
sukati ko la nk bagi kt sapa dh duit ko kan |
|
|
|
|
|
|
|
sis soft spot dgn stephen chow ni...jrg ada kes buruk, hire heroine pun bukan jenis nak bercantik aje...cerita pun very close to the heart walaupun jenaka...bab bagi pelakon cj7 tu tak terkejut sbb mmg dia rapat ngan budak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tetiap thn baru cina keluar le movie heols. Mmg lejen. Dh byk kali tgk pun ngekek Ai tot heols ada kawen. |
|
|
|
|
|
|
|
Hritu dok marathon cte dia dkt netflix. Fight back to scholl dgn god of gambler. Dlu msa kecik dok rental cd dkt kedai huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Paling suka movie dia God of gambler,,, tiap2 raya cina sure ada..confirm tingok hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sentiasa mengumbira hati iols di jaman dolu2..
satu family berkumpul nk tgk cite dia.
tp sejak sparing partner dia dah meninggal, ng man tat,
sendu lah sket dunia HK dgn stephen. |
|
|
|
|
|
|
|
Uncle tat ni kan yang meninggal, tinggalkan harta dekat maid indo dia?
Dia la kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
ha ah betul tu uncle tat.. mcm tak sangka juga kan?
tp stephen ni mmg kaya kat HK, mortgage rumah dia kemain tinggi,
view betul2 kat Victoria Harbour, kaya sungguh heols ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana tak kayanya cuolls setelah sekian lama hasilkan cerita-cerita yang satu family seronok tengok.
Paling ingat karya SC ni, CJ7, Shaolin Soccer dan macam biasa, paling tak bosan tengok, KUNG FU HUSTLE.
Iols terlalu terhibur dengan setiap watak yang ada dalam KFH ni. Mana suami landlord yang gatal tapi takut bini, mana bininya yang garang tapi penyayang. Jantan selenge rambut sikat tepi, wanita gigi mancung tapi yakin diri. Ya Allah best betul watak setiap satu pun.
Haih~ Kalau tengok cerita dia ni, mmg x kering gusi.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan iols keciwa msa ke HK pegi museum wax dulu, tak ada wax dia, yg ada Eric Tsang pendek tu, Jackie Chan, Andy Lau & Donnie Yen. Pastu kali ke 2 ke sana utk business trip, pegi lagi, pun xde wax dia.. keciwa lagi ku hihi tak tau laa skrg, mebi ada kot? ntoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
ye iols kalo kungfu hustle tu dh hafal lirik tetap ler gelak kat tmpt lawak yg sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 13-5-2024 07:26 PM
takde nama Karen Mok ke? the one who got away katanyeeehh
oh ya 2-3 hari lepas terbaca gusip psl anak jantan sulung Cecelia Cheung kat IG - kena grooming rasanya, pastuh tinggal serumah dgn pompuan sebaya mak sendirik. Cecelia bila dpt tahu, mengamuk2 naik hantu sampai jatuh sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Lucas ni dulu dipuji2 budak cerdik. Apa dh jd. Baru tgk gosip , katanya coach. Mcm grooming la. 17 thn & 46 thn , aish.
|
|
|
|
|
|
|
|
marchikobonzo replied at 7-5-2024 03:15 PM
Laa..tak pernah kawin ke..rupa dia helok gak masa muda dulu..dah la kelakar..kalau kat malaysia ni d ...
Klau heols kat malaysia ni, dah bertukar2 bini. Sini pelawak hodoh pon laku. Rahim kawin 2, shuk berebut2 sesama pompuan, nabil berjaya dpt irma n uqasha dlm masa yg sama, soeb muka berlubang pendek pon laku.
Mgkin heols tau heols xmampu jaga ank2 sbb busy, terharu plak dia namakan budak yg cj7 tu. mesti dah anggap mcm ank sejak berlakon sama |
|
|
|
|
|
|
|
AraBellaJuan87 replied at 13-5-2024 11:42 AM
Mana tak kayanya cuolls setelah sekian lama hasilkan cerita-cerita yang satu family seronok tengok ...
Genius script writing KFH tu kan. Pilih2 org nk gaduh, pilih budak rupanya tggi tp duduk atas kerusi, pilih rentua mcm lembik pakai spek, bila dtg ke depan, bdn berketak2. Plot twist rupanya geng kapak tu jahat gila. Dan dia tukar jd org baik. Antara Shaolin Soccer dgn KFH, i lg suka KFH, rasa lg evergreen |
|
|
|
|
|
|
|
Stephen chow tu pandai buat movie, pandai cari duit, kalau pelawak malaysia ni pandai mengayat je
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi shaolin soccer pun menghiburkan. Hahahaha abang2 yang dia cari tu semua ada kebolehan kungfu tersendiri.
Yang kuat kaki, kuat kepala, kuat badan. Yang perempuan lemah botak, berhias mcm hantu. Calit taik hidung belakang baju.
See, i still remember the scene satu persatu. Best betul tengok kan? Time raya cina masa kecik2 dulu, confirm2 akan ada cerita dia ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|