View: 6499|Reply: 0
|
Sarjit puji pemain senior
[Copy link]
|
|
FAIZAL terjatuh selepas diasak dua pemain Kanada. FOTO L Manimaran
Ipoh: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh memuji sumbangan barisan pemain senior yang terpilih dalam skuadnya untuk beraksi di Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ketika ini.
Jelas Sarjit, barisan pemain seperti kapten pasukan, Marhan Jalil serta gandingan adik beradik Fitri dan Faizal Saari banyak membantu pasukan yang ketika ini rata-ratanya dibarisi ramai pemain baharu.
Mengambil contoh Faizal yang masih berbisa meledak jaringan menerusi gerakan solo ketika bertemu Kanada pada perlawanan kedua, Sarjit melabelkan keupayaan penyerang berbisa negara itu cukup luar biasa.
"Dia masih mampu lakukan jaringan seperti itu, jelas sekali dia sangat berbeza (berbanding pemain lain). Faizal beraksi dengan sangat baik serta sangat membantu pasukan. Saya gembira melihat prestasi pemain senior sepertinya, Marhan dan Fitri.
"Pemain seperti mereka inilah yang pasukan ini perlukan untuk membentuk sebuah pasukan mantap. Malah sebenarnya semua pemain perlu diberikan masa untuk membuktikan kemampuan masing-masing," katanya.
Faizal mempunyai rekod cemerlang sepanjang menyarung jersi Speedy Tigers sejak 2011 apabila sudah melakukan 287 penampilan serta meledak 264 gol sepanjang tempoh itu.
Aksinya tidak pernah mengecewakan sepanjang mewakili skuad negara dan sering menjadi sandaran utama untuk meledak gol.
Marhan serta Fitri pula masing-masing bertindak selaku nadi di bahagian pertahanan serta tengah dan banyak membantu membimbing barisan pemain muda bersama-sama penjaga gol utama skuad negara, Muhammad Hafizuddin Othman.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -puji-pemain-senior |
|
|
|
|
|
|
| |
|