CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6875|Reply: 0

Selangor mohon tunda Piala Sumbangsih

[Copy link]
Post time 7-5-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar (kiri) memohon untuk menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih berikutan isu keselamatan. Foto fail NSTP

SHAH ALAM: Selangor FC sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan permohonan itu dikemukakan atas dasar keselamatan.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata pihaknya memohon MFL membuat penelitian mengenai perkara itu dengan surat permohonan sudah dikemukan kepada MFL, hari ini.

"Hari ini Selangor FC membuat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT (Johor Darul Ta'zim) bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih kalau dapat diubah, bukan dibatalkan atas dasar keselamatan.



"Itu (faktor keselamatan) saya tak boleh dedahkan. Kita sudah buat permohonan rasmi kepada MFL. Biar MFL teliti dan perbincangan lanjut akan dijalankan," katanya.

Shahril berkata demikian ketika ditemui selepas beliau melawat pemain Selangor, Faisal Halim di sebuah hospital, di sini, hari ini.

Faisal yang juga tonggak penting skuad kebangsaan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, kelmarin.

Mengikut jadual, aksi Piala Sumbangsih yang bakal menemukan JDT dan Selangor sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... da-piala-sumbangsih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048004 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list