CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4245|Reply: 0

[Melaka] 3 lelaki dilepas, dibebaskan daripada tuduhan miliki, edar dadah

[Copy link]
Post time 8-5-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Mahkamah Tinggi Melaka melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan memiliki dan mengedar dadah, tiga tahun lepas. — foto BERNAMA

MELAKA: Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar dadah, tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid melepas dan membebaskan Muhammad Abdul Rahman, 37, Mohd Fadzli Abd Razak, 44, dan Yusri Awang, 38, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga mereka mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah.

"Keterangan menunjukkan lelaki pertama dan kedua bukan pemilik kereta malah mereka tidak ditahan dalam kenderaan itu, serta tiada kesan cap jari mereka ditemukan di bungkusan dadah berkenaan.


"Mahkamah mendapati tertuduh ketiga pula diprejudis akibat kelemahan siasatan walaupun kereta itu adalah miliknya selepas saksi pendakwaan gagal menyiasat secara menyeluruh," katanya.

Terdahulu ketiga-tiga mereka yang bekerja sendiri, didakwa secara niat bersama mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 162.35 gram di tempat letak kenderaan di hadapan pejabat Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil, pukul 1.55 tengah hari pada 1 Februari 2021.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B) akta dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Muhammad diwakili peguam Ramzani Idris dan Haresh Mahadevan manakala Mohd Fadzli diwakili Asmawi Ismail dan Yusri diwakili Andrew Lourdes.

Enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... n-miliki-edar-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063248 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list