CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6971|Reply: 0

[Kedah] Tiga remaja sesat di Gunung Keriang sudah ditemui

[Copy link]
Post time 9-5-2024 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang sudah ditemui


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 9, 2024 @ 7:31am bhnews@bh.com.my




Tiga remaja yang sesat di Gunung Keriang ditemui selamat oleh pasukan Bomba dan dalam proses untuk turun ke kaki gunung.- Foto NSTP/Ihsan Bomba





ALOR SETAR: Tiga remaja yang dipercayai sesat di Gunung Keriang, pagi semalam berjaya ditemui dengan bantuan pasukan bomba dan malim gunung.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim, berkata mereka ditemui pada jam 8.30 malam tadi.

Beliau berkata, kesemua mangsa iaitu dua remaja perempuan berusia 14 tahun dan 17 tahun itu ditemui dalam keadaan letih dan tidak bermaya di kawasan pencarian di gunung berkenaan.

"Kesemua mereka kini dalam proses untuk turun ke kaki gunung dan pasukan bomba gantian sudah bergerak ke lokasi ketika ini," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Difahamkan, pihak bomba menghadapi kesukaran untuk membawa turun mangsa disebabkan faktor cuaca gelap selain kesemua mangsa dalam keletihan.

Tinjauan di lokasi mendapati, ambulans dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), jentera Bomba dan kenderaan polis turut berada sepanjang operasi pencarian dilakukan.

Selain itu, keluarga ketiga-tiga remaja itu turut berada di lokasi untuk mengetahui perkembangan kesemua mangsa.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka sudah beberapa kali mendaki gunung berkenaan malah ada yang pernah memasuki Gua Terus itu.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tiga daripadanya tersesat selepas mengambil batu kristal dari gua berkenaan untuk dibawa pulang.

"Saya harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka dan mereka datang dari rumah di Jitra ke sini semata-mata untuk mendaki Gunung Keriang ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Media sebelum ini melaporkan, keseronokan lima remaja mendaki Gunung Keriang di sini, semalam berakhir dengan tiga daripadanya sesat, memaksa pasukan penyelamat menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mereka sebelum itu dipercayai mendaki gunung berkenaan bermula 9 pagi, sebelum memasuki Gua Terus, namun gagal mencari jalan keluar.

Berikutan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bersama pasukan polis dan malim Gunung terbabit dalam pencarian kesemua mangsa selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.12 petang semalam.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060225 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list