View: 19941|Reply: 15
|
[Tempatan]
Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu
[Copy link]
|
|
Anggota penguatkuasa KPDN ketika melakukan serbuan di kilang pau berkenaan. - Foto KPDN Perak
MUALLIM: Tidak mengendahkan nasihat untuk memperbaharui sijil halal yang sudah tamat tempoh sejak dua tahun lalu dan masih meneruskan perusahaan kilang pau dan kopi.
Akibat masih berdegil, sebuah kilang pau terkemuka yang sudah beroperasi lebih dari 50 tahun di Tanjung Malim serta mempunyai empat cawangan, akhirnya diserbu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan oleh KPDN Cawangan Tapah bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Khamis.
"Didapati kilang itu telah menggunakan sijil halal yang telah tamat tempoh pada September 2022.
"Operasi bersepadu ini dilaksanakan hasil semakan ke atas pemegang-pemegang sijil halal yang masih menggunakan logo halal walaupun telah tamat tempoh sah.
"Pengusaha pau itu telah dinasihati oleh pihak JAIPk tiga bulan lalu untuk memperbaharui permohonan sijil halal, namun tidak diendahkan.
"Susulan itu, KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, satu tindakan kes diambil Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan bertindak menyita pau dan kopi yang menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berwibawa iaitu JAIPk.
Ujar Kamalludin, nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM30,000.
"Kes disiasat di bawah Perintah 8 (a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan jenama tidak didedahkan, kita buat macam tak ada apa-apa berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 10-5-2024 08:43 PM
Pau Suri berulat dijual nenek hantu tersenyum sinisss
|
|
|
|
|
|
|
|
pau fames kt tanjung malim..iols pun pernah makan sbb anak blajar sana..tapi student2 byk je beli kat area kedai cendol dekat dgn kedai arwah mamat khalid..pakcik makcik yg buat murah rasa ok la |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak perbaharui sijil halal, just erase aje la chop halal jakim utk elak kena ambush . Adoi itu pun nk kena ajar ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pau sekarang beli kat 7e yg inti black sesame. Inti lain yek. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik dah tak makan pau. Eh kalau nak sorok jenama baik tak yah cerita. Dah nak kena google |
|
|
|
|
|
|
|
Teropongcctv replied at 10-5-2024 09:46 PM
Nasib baik dah tak makan pau. Eh kalau nak sorok jenama baik tak yah cerita. Dah nak kena google
Dah ada forumer mentioned atas tu. Kalau tg malim ni sejak azali femes pau tu je.. Kopitiam yg sedap mee hailam. Kalau kedai melayu rasanya tak de naik citer ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 10-5-2024 09:49 PM
Dah ada forumer mentioned atas tu. Kalau tg malim ni sejak azali femes pau tu je.. Kopitiam yg se ...
Y1k mun ye.. Dia ada kilang ek? Ingat kedai je. Jangan ada yg ambil jual atas jenama lain dah le |
|
|
|
|
|
|
|
I mkn pau kampung yg liat2 tu je |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 10-5-2024 08:42 PM
kalau tak perbaharui sijil halal, just erase aje la chop halal jakim utk elak kena ambush . Adoi itu ...
Sb dia tau customers dia ramai melayu sb tu still degil.
Blh tgk skrg ni sapa yg bergantung pd sapa |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi kebanyakan pengguna, asal daging sembelih, ayam sembelih dah cukup halal la. Kalau suruh jakim serbu pau makcik melayu takde beza dengan pau halal jakim expired ni.
Persepsi ja berbeza.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ragu2 dh nk mkn pau tepi jln yg ado jual air kelapa skali tu,
pau tu pulak penjual tu kato bos yg hantar, dio amik upah jual yo
anyways we olls don dai if i dont eat pau lah (slang warga cari) ekekekkekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|