CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4615|Reply: 1

Satu gol menentang Korea Selatan, belum puaskan Akhimullah

[Copy link]
Post time 11-5-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang skuad hoki negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook (kanan).

Ipoh: Penyerang skuad hoki negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook mengakui lega kembali menyumbang gol untuk Speedy Tigers selepas tiga tahun tidak mewakili Malaysia dalam acara hoki padang.

Akhimullah muncul wira skuad negara apabila menjaringkan gol tunggal ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir liga sepusingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), semalam.

Jelas pemain berusia 24 tahun itu, jaringan itu adalah permulaan yang baik untuknya namun pada masa sama, dia turut kecewa kerana terlepas peluang untuk meledak lebih banyak gol pada perlawanan berkenaan.

"Selepas jaringan gol itu, perasaan saya memang rasa puas hati, tapi saya pun terlepas satu lagi peluang (untuk jaringkan gol).


"Saya tak boleh nak rasa terlampau berpuas hati, sebaliknya saya perlu terus tingkatkan prestasi diri dalam setiap aspek," katanya.

Untuk rekod, Akhimullah tiada dalam perancangan bekas pengendali skuad negara, Arul Selvaraj sepanjang beliau mengendalikan skuad negara sebelum kontraknya tidak disambung oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Januari lalu susulan kegagalan membawa Speedy Tigers layak beraksi di Sukan Olimpik Paris.

Bagaimanapun pengganti Arul, Sarjit Singh kembali memanggil Akhimullah ke dalam kem latihan skuad negara dan pemain itu akhirnya tersenarai dalam 18 pemain terakhir untuk beraksi di PSAS.

Sepanjang tiada dalam skuad Speedy Tigers, Akhimullah diberi peluang beraksi bersama pasukan 5 sebelah (5s) negara yang menyaksikannya membantu pasukan muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) di Muscat, Oman, awal Februari lalu.

Dia turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas berjaya meledak 11 gol.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -puaskan-akhimullah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 10:52 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia and Chonng/Haikai won today's match and play quarter final on tmr. proud of malaysia. these are the videos. have fun and enjoy

https://youtu.be/7UZ_bHhhwZo
https://youtu.be/SIhlO5X5VbE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050760 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list