CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 0

[Tempatan] Pusat Autisme PDRM bantu anak pegawai, anggota berkeperluan khas

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hadir pada majlis sambutan Hari Autisme Pengaman PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. - Foto NSTP/Nor Azizah Mokhtar





KUALA LUMPUR: Pusat Autisme Pengaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membantu 43 kanak-kanak dalam kalangan anak anggota dan pegawai polis serta orang awam sejak ditubuhkan pada Ogos 2020.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata penubuhan Pusat Autisme Pengaman ini sebagai sokongan dalam menjaga kebajikan warga pasukan khususnya warga PDRM yang mempunyai anak berkeperluan khas supaya nasib mereka sentiasa terbela.

Menurutnya, sejak awal pengoperasian pada Ogos 2020 sehingga kini, seramai 18 orang anak-anak autisme berjaya menamatkan pembelajarannya di pusat ini.

"Seramai 25 orang kanak-kanak autisme lagi masih menerima pendidikan intervensi awal yang berkesan dan jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 43 orang.

"Justeru, saya begitu berbangga dengan ibu bapa dan penjaga yang dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menempuhi ujian membesarkan anak-anak syurga ini.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul," katanya ketika berucap pada perasmian majlis Sambutan Hari Autisme Pengaman PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Razarudin berkata beliau mengakui kesibukan tugas ibu bapa yang bekerja serta memiliki anak autisme dan mereka sedaya upaya meluangkan masa mengetahui perkembangan kognitif anak-anak masing-masing.

"Bahkan, pucuk pimpinan PDRM turut memberi sokongan dalam menjaga kebajikan warga pasukan khususnya buat warga PDRM yang mempunyai anak berkeperluan khas ini supaya nasib mereka sentiasa terbela, insya-Allah.

"Dengan adanya majlis seumpama ini, ia berupaya meningkatkan kesedaran ahli masyarakat supaya lebih peka dan prihatin," katanya.

Untuk rekod, Pusat Autisme Pengaman adalah institusi swasta yang dikendalikan dan dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pengaman Malaysia. Pusat ini didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan diselia Pengurus Besar Yayasan Pengaman Malaysia, Azura Izham.

Ditubuhkan pada Ogos 2020, bermula dengan enam pelajar dan empat guru atau pegawai intervensi, kini bilangan pelajar meningkat kepada 25 orang berserta tujuh guru termasuk pegawai intervensi.

Harga yuran di pusat ini berpatutan dan murah. Bagi kelas intervensi awal adalah RM500 untuk warga PDRM dan RM950 untuk anak orang awam.

Yuran kelas intensif sebanyak RM600 untuk (PDRM), RM1,050 (orang awam), manakala kelas sepenuh hari RM900 (PDRM) dan RM1500 (orang awam).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.120635 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list