CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dicekup orang ramai lepas cuba larikan AS$50,000

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang: Cubaan dua lelaki melarikan wang tunai berjumlah AS$50,000 (kira-kira RM236,000) yang disamun tidak berhasil apabila berjaya ditahan polis dengan bantuan orang awam di hadapan sebuah bank di Jalan Memanda, di sini, pada Isnin lalu.

Difahamkan, kumpulan itu menggunakan modus operandi menjanjikan imbuhan tinggi bagi pertukaran wang asing sebelum menyamun mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan daripada wanita berusia 39 tahun pada jam 9 malam hari kejadian.

"Wanita itu bersama abangnya berjumpa tiga lelaki dalam sebuah kereta di Jalan Memanda atas urusan pertukaran wang berjumlah AS$50,000 kepada Ringgit Malaysia (RM).


"Tiba-tiba suspek merampas beg berisi wang dan menumbuk mangsa lalu melarikan diri untuk menaiki sebuah kereta yang sedang menunggu.

"Suspek bagaimanapun diberkas orang awam yang berada di lokasi sebelum mereka mendapatkan bantuan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, polis kemudian menahan suspek warga asing berusia 32 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berusia 65 tahun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalamyang disyaki terbabit jenayah sama.

"Semakan mendapati suspek kedua itu mempunyai empat rekod jenayah lampau.

"Suspek menggunakan modus operandi merompak mangsa ketika proses penukaran wang yang mana mangsa dijanjikan mendapat sedikit imbuhan," katanya.

Katanya, suspek pertama direman tujuh hari manakala suspek kedua direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uba-larikan-as50000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060489 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list