View: 3831|Reply: 1
|
[Tempatan]
Tentera Darat Malaysia bantu padam kebakaran tanah gambut
[Copy link]
|
|
Anggota TDM turut membantu memadamkan kebakaran tanah gambut di Kampung Kual Kechil - Foto ihsan TDM
BACHOK: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengerahkan anggotanya membantu memadam kebakaran serius tanah gambut di daerah ini.
Bantuan TDM membabitkan 22 anggota Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) dari pasukan Rejimen 506 (Askar Wataniah) dan Stesen Bomba Tentera Darat di sekitar kawasan Kampung Kual Kecil, Gunong, Bachok membabitkan kawasan seluas kira-kira empat hektar persegi.
TDM menerusi kenyataan kepada media hari ini berkata operasi pemadaman dilakukan sejak semalam bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok.
Operasi pemadaman turut disertai Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) itu turut memaklumkan pihak 8 Briged akan terus melaksanakan pemantauan dan memberikan bantuan sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
TDM akan terus memberikan kerjasama kepada agensi-agensi awam demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Kelantan.
"Kerjasama seumpama ini sejajar dengan usaha memperkasakan kerjasama dan hubungan erat TDM dan agensi awam," kata kenyataan itu.
Terdahulu, BBP Bachok memaklumkan menerima kes kebakaran tanah gambut di kawasan berkenaan sejak 18 Mac lalu.
"Kerja pemadaman masih dilaksanakan sehingga ke hari ini," kata Ketua BBP Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali.
Sejak kemarau melanda, BBP Bachok turut menerima lebih 10 panggilan kebakaran setiap hari membabitkan pembakaran terbuka dan kebakaran tanah gambut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|