CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1004|Reply: 1

[Jenayah] Kemenangan PH di KKB bukti kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (dua, kiri)  bersama Calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao (tiga, kiri) selepas diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) N.06 Kuala Kubu Baharu yang baharu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor malam tadi. Foto BERNAMA





HULU SELANGOR: Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) menjadi bukti kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata berdasarkan statistik, peratusan undi kepada PH menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 57 peratus berbanding 54 peratus pada Pilihan Raya Negeri pada Ogos tahun lalu.

"Beberapa pencapaian lain yang sangat membanggakan ialah kita berjaya merampas beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan undi awal serta undi pos yang sebelum ini dimenangi pihak lawan.

"PH juga berjaya merampas tiga peti undi yang kita tewas sebelum ini iaitu di Kerling, Sungai Air Jernih dan Pertak dengan dua daripadanya merupakan kawasan majoriti Melayu. Ini adalah satu signal dan kalau mereka anggap pungutan suara, inilah sokongan (endorsement) kepada Kerajaan Perpaduan di Selangor dan Putrajaya," katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata Perikatan Nasional (PN) sebaliknya mencatatkan penyusutan majoriti kepada 1,300 undi, sekali gus menunjukkan mood atau suasana rakyat yang semakin mesra terhadap Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, kemenangan di KKB juga menjadi penyuntik semangat untuk Kerajaan Perpaduan merampas kembali kawasan Parlimen Hulu Selangor yang kini dikuasai PN pada pilihan raya umum akan datang.

Amirudin turut berterima kasih kepada Barisan Nasional kerana membantu kemenangan calon.

Dalam pada itu, beliau berharap Sock Tao, 31, dapat meneruskan legasi penyandang terdahulu Lee Kee Hiong selain berusaha menyelesaikan permasalahan setempat demi kesejahteraan rakyat.

Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo, berkata kemenangan itu adalah simbolik aspirasi rakyat yang inginkan sebuah kerajaan yang stabil dengan misi dan visi jelas, serta mampu memacu pembangunan negara.

"Jadi kita menunjukkan kejayaan ini adalah kejayaan untuk kita semua dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah pun berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon kita dalam PRK ini," kata Menteri Digital itu.

Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom dalam kenyataan malam ini, memaklumkan peratusan keluar mengundi PRK KKB adalah sebanyak 61.51 peratus, melepasi 60 peratus yang disasarkan sebelum ini.– BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 12:27 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051497 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list