CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1299|Reply: 5

[Jenayah] Terkini PRK: Rasmi - calon PH menang di KKB

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Calon PH, Pang Sock Tao diraikan pimpinan DAP selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB). - Foto NSTP/Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid





KUALA KUBU BHARU: Pengundian untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu telah ditutup jam 6 petang tadi. Keputusan sudah diumumkan dalam PRK ini yang menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PH diisytiharkan menang PRK DUN KKB dengan majoriti 3,869 undi

10 malam: Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Yuhanas Auree Kamaruddin, mengisytiharkan Pang Sock Tao sebagai wakil rakyat baharu selepas menang dengan 3,869 majoriti undi selepas meraih 14,000 undi.

"Khairul Azhari meraih 10,131 undi, diikuti Ke Xin (188 undi) dan Hafizah (152 undi), manakala jumlah undi yang ditolak adalah sebanyak 263 undi.

"Peratusan pengundian berbanding jumlah pemilih, titik perpuluhan yang paling dekat ialah 61.51 peratus," katanya ketika mengumumkan keputusan PRK DUN berkenaan, malam ini.

Pakatan Harapan (PH): 14,000 undi

Perikatan Nasional (PN): 10,131 undi

Bebas: 188 undi

Parti Rakyat Malaysia (PRM): 152 undi

Majoriti - 3,869 undi

Peratusan keluar mengundi: 61.51 peratus

Pada Plihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, mendiang Lee Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

PH kekalkan KKB dengan majoriti lebih rendah

Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata PH mengungguli kemenangan dengan majoriti 3,869 undi.

"Tahniah Parti Pakatan Harapan mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia memenangi Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baharu dengan majoriti besar 3,869 undi," katanya menerusi hantaran Facebook, sebentar tadi.

Keputusan tidak rasmi PRK DUN Kuala Kubu Bharu setakat jam 8 malam menyaksikan PH meraih 11,818 undi, PN (8,303 undi); Bebas (159) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 129 undi.

Setakat ini jumlah undi yang dikira sebanyak 20,409 daripada 40,413 pengundi berdaftar.

Keputusan tidak rasmi itu turut dikongsikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memaklumkan PH memperoleh 14,000 undi, PN (10,131 undi); PRM (152 undi) dan Bebas sebanyak 188 undi.

9.45 malam: Keputusan rasmi PRK Kuala Kubu Bharu

Pakatan Harapan (PH): 14,000 undi

Perikatan Nasional (PN): 10,131 undi

Bebas: 188 undi

Parti Rakyat Malaysia (PRM): 152 undi

Majoriti - 3,869 undi

Peratusan keluar mengundi: 61.51 peratus

Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Yuhanas Auree Kamaruddin, mengisytiharkan Sock Tao sebagai wakil rakyat baharu selepas menang dengan 3,869 majoriti undi.

"Khairul Azhari meraih 10,131 undi, diikuti Ke Xin (188 undi) dan Hafizah (152 undi), manakala jumlah undi yang ditolak adalah sebanyak 263 undi.

"Peratusan pengundian berbanding jumlah pemilih, titik perpuluhan yang paling dekat ialah 61.51 peratus," katanya ketika mengumumkan keputusan PRK DUN berkenaan, malam ini.

Tak rasmi PH mendahului setakat ini

9 malam: Tidak Rasmi PRK Kuala Kubu Bharu

Pakatan Harapan (PH): 14,000

Perikatan Nasional (PN): 10,135

Bebas: 188

Parti Rakyat Malaysia (PRM): 152

Jumlah undi: 24,475 / 40,413

Peratus keluar mengundi: 61 peratus

8.15 malam: Jumlah Keseluruhan Hadir Mengundi: 24,145

Peratusan Hadir Mengundi: 61.34%

8.10 malam: Keputusan PRK Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu, Selangor (Tidak Rasmi)

78/78 saluran

PH - 14,000

PN - 10,131

PRM - 152

Bebas - 188

Majoriti (PH) : 3,869

8 malam: Tidak Rasmi PRK Kuala Kubu Bharu

Pakatan Harapan (PH): 11,818

Perikatan Nasional (PN): 8,303

Bebas: 159

Parti Rakyat Malaysia (PRM): 129

Jumlah undi: 20,409 / 40,413

7.32 malam: Tidak Rasmi PRK Kuala Kubu Bharu

Pakatan Harapan (PH): 7,669

Perikatan Nasional (PN): 4,263

Bebas: 101

Parti Rakyat Malaysia (PRM): 72

Jumlah undi: 12,105 / 40,413

Keputusan tidak rasmi setakat ini menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan sejumlah 2,599 undi.

Perkembangan itu dikongsikan DAP di platform sosial https://dapmalaysia.org/kkb2024/ setakat jam 7 malam ini.

PH ketika ini memperoleh 2,599 atau tujuh peratus meninggalkan PN yang mengumpul 963 atau tiga peratus.

Dua calon lagi, Nyau Ke Xin, calon Bebas meraih 17 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) memperoleh 12 undi.

Jumlah undi yang dikira setakat ini sebanyak 3,591 daripada 40,413 pengundi berdaftar.

Peratusan keluar mengundi dianggar 61.12 peratus

7.00 malam: Menurut sumber DAP, peratusan keluar mengundi dianggarkan sekitar 61.12 peratus, dengan peratusan keluar mengundi pengundi Cina lebih tinggi daripada kadar keseluruhan iaitu 63.9 peratus.

Peratusan keluar mengundi pengundi Melayu dianggarkan 59.4 peratus, manakala pengundi India 56.4 peratus, dan Orang Asli adalah 87.3%.

Kuala Kubu Bharu adalah kawasan pilihan raya campuran, dengan pengundi Melayu membentuk 49.3 peratus pengundi, Cina 30.6 peratus, India 17.9 peratus, dan lain-lain 2.1 peratus.

PH mendahului kiraan undi awal polis, tentera

Pengundian untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu telah ditutup dan pengiraan undi sedang berjalan.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Setakat 6.15 petang: Pang Sock Tao memperoleh 592 undi bagi undi awal manakala tiga lagi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 156 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin dan calon Bebas Nyau Ke Xin masing-masing hanya memperoleh 1 satu undi.

Setakat ini, keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook rasminya hari ini menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 12:40 AM | Show all posts
Perwira2022 tersenyum sinis

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Menang sebab rasuah besar-besaran naikkan gaji kakitangan awam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 08:59 AM | Show all posts
wauuuuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 09:08 AM | Show all posts
kenyang makan dedak org KKB...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah bukti non-malay mengundi parti, meleis pula mengundi batang tubuh calon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.069515 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list