|
MARTIN sedia lakukan terbaik untuk menjarakkan kedudukan pendahulu. FOTO AFP
Le Mans: Jorge Martin melakar kemenangan perlumbaan pecut MotoGP ketiganya musim ini apabila dia menang di Le Mans untuk meningkatkan pendahuluan kejuaraannya.
Marc Marquez, yang bermula di tempat ke-13 di grid dengan Gresini Ducati, menduduki tempat kedua, manakala pelumba ketiga dari Sepanyol, Maverick Vinales dari Aprilia, melengkapkan podium.
Enea Bastianini (Ducati) dari Itali berada di tempat keempat untuk naik ke tempat kedua dalam kedudukan kejuaraan keseluruhan.
Dia mengekori Martin dengan 28 mata.
"Objektifnya adalah untuk menjarakkan diri. Marco melakukan beberapa pusingan hebat, kemudian apabila saya melihat dia terbabas, saya hanya cuba mengekalkan rentak berterusan sehingga ke penghujung, agak santai."
Martin meraih kemenangan pecut ke-12 dalam kariernya apabila melepasi garisan 2.28 saat (s) di depan Marquez.
Marquez berkata, ia adalah permulaan MotoGP terbaiknya kerana dengan teknologi moden mendapat kelebihan daripada garisan depan adalah lebih sukar.
"Ia adalah permulaan yang baik - gabungan tumpuan, nasib, risiko, naluri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... arakkan-diri-martin |
|