CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17422|Reply: 2

Banjir Afghanistan: Angka korban melebihi 300

[Copy link]
Post time 13-5-2024 12:29 AM | Show all posts |Read mode






KABUL – Lebih 300 orang terkorban dalam banjir kilat yang melanda beberapa wilayah  Afghanistan, demikian menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Program Makanan Sedunia (WPF) semalam.


Kematian tersebut dilaporkan ketika pihak berkuasa negara itu mengisytiharkan darurat dan bergegas menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.


Namun, ramai penduduk masih hilang selepas hujan lebat berlaku pada Jumaat lalu, sehingga menyebabkan air sungai dan lumpur melimpah serta memasuki kampung. Ia turut membanjiri  tanah pertanian di beberapa buah wilayah negara itu.


Mangsa-mangsa yang terselamat pula terpaksa memilih untuk melalui jalan berlumpur yang dipenuhi dengan serpihan banjir dan bangunan-bangunan rosak, demikian menurut seorang wartawan AFP.


Pihak berkuasa dan kumpulan bukan kerajaan mengerahkan para petugas penyelamat dan bantuan ke lokasi kejadian, selain memberi amaran bahawa beberapa kawasan terputus hubungan akibat banjir.


Wilayah Baghlan Utara adalah antara yang paling teruk terjejas dengan lebih 300 orang terbunuh, manakala beribu-ribu rumah musnah atau rosak, kata WFP.


“Seramai 311 maut, 2,011 rumah musnah dan 2,800 lagi rosak di wilayah Baghlan,” kata pegawai komunikasi untuk agensi PBB di Afghanistan, Rana Deraz.


Terdapat perbezaan antara jumlah kematian yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan agensi kemanusiaan.


Pertubuhan Migrasi Antarabangsa PBB pula berkata, terdapat 218 kematian di Baghlan.


Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qani memberitahu AFP bahawa 131 orang telah terkorban di Baghlan tetapi jumlah kematian berdasarkan pengiraan kerajaan mungkin meningkat. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 02:52 PM | Show all posts
akhir zaman..tanah arab yg kering kontang pun asyik banjir..sebab hujan banjir je selalu makan tumbuhan hijau mula subur...bila arab dah menghijau maka........
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 14-5-2024 03:48 PM

Siann..negara patuh syariah habis dah..tetap jgk x putus2 ditimpa bala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071827 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list