|
Pertahanan Jerman, Nico Schlotterbeck (kiri) menjatuhkan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata pada aksi peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. – Foto REUTERS
BERLIN: Pemain pertahanan Borussia Dortmund, Nico Schlotterbeck adalah pemain pertama didedahkan sebagai sebahagian daripada skuad 26 pemain kendalian Julian Nagelsmann bagi Euro 2024, lapor media Jerman semalam.
Laman sesawang bola sepak Kicker, memetik sumber terdekat Persatuan Bolasepak Jerman (DFB), melaporkan pemain akan diumumkan secara individu sebelum pengumuman rasmi Khamis ini di Berlin untuk mengurangkan risiko rahsia bocor menerusi saluran lain.
Schlotterbeck, 24, tampil dua kali buat Jerman pada Piala Dunia Qatar 2022, namun kemudian digugurkan oleh Nagelsmann.
Dia kembali menjadi tumpuan dengan persembahan memukau ketika membantu Dortmund layak ke final Liga Juara-Juara untuk berdepan Real Madrid.
Jerman membuka kempen Euro 2024 di Munich menentang Scotland pada 14 Jun ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ad-euro-2024-jerman |
|