|
FANDI menyatakan sesuatu kepada Saiful Jamaluddin . FOTO Ihsan Liga Bolasepak Malaysia
Kuantan: Persembahan mantap yang dipersembahkan pemain tengah Sri Pahang FC, Saiful Jamaluddin mendapat pujian pengendali skuad itu, Fandi Ahmad selepas membantu menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 1-0, kelmarin.
Fandi berkata, Saiful yang juga pemain skuad bawah 23 Tahun (B-23) negara membuktikan mampu memikul tanggungjawab apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah.
"Pada perlawanan itu, pemain berjaya mengekalkan disiplin yang bagus terutama pada babak kedua terutama persembahan Saiful yang berjaya menyekat serangan lawan.
"Saya bersyukur pemain berjaya memastikan misi mengutip tiga mata menjadi kenyataan," kata Fandi yang juga legenda bola sepak Singapura.
Fandi turut berterima kasih kepada pemain import, Ruziev Kuvondik antara nadi penting di bahagian tengah dalam membantu jentera serangan skuad itu.
"Walaupun baru pulih daripada kecederaan, dia (Ruziev) mempamerkan persembahan terbaiknya dan diharap semua pemain dapat beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.
"Kemenangan pada perlawanan pertama ini diharap dapat diteruskan untuk meletakkan Sri Pahang pada prestasi terbaik pada musim baharu ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bahan-saiful-ruziev |
|