CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4463|Reply: 0

Siapa kata Spurs mahu kalah - Postecoglou

[Copy link]
Post time 14-5-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Tottenham Hotspur menewaskan Burnley 2-1 menerusi gol Pedro Porro (kanan) dan Micky van de Ven, Sabtu lalu. – Foto premierleague.com

LONDON: Ange Postecoglou berkata Tottenham akan turun habis-habisan untuk menewaskan Mnachester City awal pagi esok, sekalipun ia membuka pintu buat musuh utara London, Arsenal untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kendalian Mikel Arteta berada satu mata di depan City di puncak liga, namun anak buah Pep Guardiola berkelebihan kerana mempunyai baki dua perlawanan.

Arsenal, dengan 86 mata, melayan kunjungan Everton pada perlawanan terakhir musim mereka Ahad ini manakala City bertemu West Ham di laman sendiri.

Ia bermakna jika City menang dua aksi terakhir, mereka akan memastikan kejuaraan keempat berturut-turut dalam liga utama Inggeris.


Kebanyakan percakapan menjelang aksi awal pagi esok berkisar mengenai sama ada penyokong Tottenham mahukan pasukan mereka kalah dalam usaha menafikan peluang Arsenal memenangi liga buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Namun pengurus Spurs, Postecoglou menafikan pendapat itu dan menyatakan Spurs hanya fokus untuk menang pada sidang akhbar praperlawanan lewat malam tadi.

"Mereka (penyokong) berhak untuk melahirkan pendapat mereka tetapi saya fikir saya sudah benar-benar konsisten dan percaya adalah penting buat kelab bola sepak ini untuk berada di tempat yang kami mahukan," katanya.

"Ia mengenai kerja keras, ketabahan, kekuatan, kualiti yang memberikan apa yang kami mahukan, tidak terpengaruh dengan apa-apa yang negatif atau sebarang reaksi jangka pendek, berpegang kepada prinsip dan ketiganya, ketahui bagaimana sebenarnya satu-satu kejayaan.

"Kejayaan sebenar adalah trofi. Selain daripada itu, ia jelas tidak bermakna buat saya... kami ada perlawanan esok dan kami mahu menang."

Bekas bos Celtic itu berkata, beliau yakin penyokong akan memberikan sokongan kepada Tottenham awal pagi esok dan pendapat di alam maya bukannya satu panduan yang bagus. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-kalah-postecoglou
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.710528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list