|
SAIF ALI KHAN
TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba tersebar dakwaan mengatakan pelakon Saif Ali Khan sudah bankrap.
Spekulasi dicetuskan seorang netizen yang menyebut gaya hidup mewah selebriti ditujukan suami kepada Kareena Kapoor itu sekadar ‘pertunjukan’ di depan umum.
“Baru-baru ini, aku ada mendengar Saif Ali Khan bankrap.
“Semua yang digayakan dan ditujukan kepada khalayak adalah barang pinjam,” tulis individu terbabit dalam laman sosial.
Bukan hanya muflis, netizen berkenaan juga mendakwa aktor berusia 53 tahun itu sebelum ini kerap meminjam wang demi memenuhi tuntutan keluarga.
Begitupun, ramai menolak dakwaan dilemparkan kerana yakin Saif masih mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Malah keluarga Khan juga bukan calang-calang, selain reputasi sebagai hartawan. Bapa Sara Ali Khan itu juga dibayar tinggi untuk membintangi sesebuah filem.
https://www.kosmo.com.my/2024/05/14/saif-ali-khan-sudah-muflis/ |
|