CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4372|Reply: 0

[Kedah] Peniaga kerugian lebih RM1 juta ditipu pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 15-5-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga kerugian lebih RM1 juta ditipu pelaburan tidak wujud


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Alor Setar: Seorang peniaga kerugian lebih RM1 juta selepas menjadi mangsa penipu pelaburan Warburg Pincus Legacy's tidak wujud melalui laman sosial Facebook (FB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Loi Yew Lik berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima laporan berhubung kes tipu berkenaan daripada mangsa pada 9 Mei lalu pada 2.42 petang.

Beliau berkata, lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan menekan satu pautan dan terus dimasukkan ke satu kumpulan WhatsApp sejak Februari lalu.

"Pada permulaan, mangsa (pengadu) membuat bayaran modal berjumlah RM2,000 dan memperoleh keuntungan berjumlah RM780.

"Selepas itu, pengadu membuat bayaran modal lagi sebanyak 21 kali transaksi ke akaun bank yang dibekalkan sehingga berjumlah RM1,102,000.

"Bagaimanapun, mangsa tidak mendapat sebarang keuntungan malah diminta membuat bayaran tambahan berjumlah RM900,000 lagi untuk mendapatkan kesemua wangnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loi berkata, pengadu enggan membuat bayaran tambahan yang diminta kerana mulai curiga dan mengesyaki dirinya ditipu.

Beliau berkata, siasatan mendapati laman Facebook terbabit adalah 'palsu' dan menggunakan nama Warburg Pincus yang iaitu sebuah syarikat pelaburan antarabangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu," katanya.

Orang awam juga dinasihatkan supaya membuat semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laman web https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat pelaburan kepada mana-mana syarikat atau platform pelaburan.



Disiarkan pada: Mei 15, 2024 @ 11:49am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055618 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list