CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6080|Reply: 0

[Johor] Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor

[Copy link]
Post time 15-5-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Iskandar Puteri: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Mad Shukor berkata, mereka dibenarkan menjalankan perniagaan selagi nama warga asing berkenaan berada di dalam maklumat pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Sebagaimana ditetapkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, tiada halangan bagi warganegara asing menjalankan aktiviti perniagaan selagi mana nama mereka terdapat di dalam maklumat pendaftaran SSM.

"Selain itu bagi warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan, terdapat kebenaran daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk pasangan warganegara asing tersebut bekerja," katanya.


Beliau menjawab soalan Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas) mengenai sama ada warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan boleh menggunakan nama pasangannya untuk menjalankan perniagaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Jafni berkata, Jabatan Penguatkuasa 16 PBT di negeri itu telah melaksanakan 454 operasi penguatkuasaan bersepadu membabitkan warga asing bermula 2022 hingga 31 Januari lalu.

Beliau berkata, sebanyak 577 tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pelbagai kesalahan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melaksanakan aktiviti penguatkuasaan tertinggi membabitkan 315 operasi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empatan-berniaga-di

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070105 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list