CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5171|Reply: 0

[Melaka] Perhilitan usaha perangkap buaya 'Klebang'

[Copy link]
Post time 16-5-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI PERHILITAN Melaka melakukan rondaan dan pemeriksaan di lokasi kejadian buaya membaham kambing penduduk. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.

Melaka: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka akan menjalankan rondaan berkala termasuk memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing dibaham buaya di Kampung Tengah, Klebang Besar, kelmarin.

Pengarah PERHILITAN Melaka, Petra Sulai berkata, langkah melakukan pemeriksaan dan tinjauan di lokasi itu dibuat pihaknya susulan aduan diterima.

Menurutnya, kejadian serangan buaya disyaki berlaku kira-kira jam 6 petang di tepi tebing sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari kadang kambing milik pengadu.

"Hasil siasatan mendapati kambing milik pengadu sedang berada di gigi air sungai dan seekor buaya dipercayai buaya tembaga menyerang dan membaham kambing itu sebelum melarikan diri ke arah hulu sungai.


"Pihak PERHILITAN juga mendapati kejadian serangan ini adalah kawasan habitat buaya dan kawasan sepanjang tebing sungai diletakkan papan tanda habitat buaya oleh Jabatan PERHILITAN. Kejadian ini adalah kali pertama berlaku," katanya semalam.

Petra berkata, mengikut Rekod Aduan Konflik Hidupan Liar, Pejabat PERHILITAN Melaka sering menerima aduan mengenai kemunculan buaya di kawasan berkenaan pada 2020, 2022, 2023 dan tahun ini.

Katanya, rekod Jabatan PERHILITAN juga menunjukkan tiada kes kecederaan atau kematian manusia akibat diserang buaya di negeri ini.

"Pihak kami akan menjalankan rondaan berkala dan mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan terbabit termasuk memasang perangkap buaya di lokasi kejadian.

"Orang ramai adalah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak melakukan provokasi," katanya.

Katanya, sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar perlu disalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngkap-buaya-klebang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070019 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list