CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4885|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengarah syarikat ditahan disyaki beri rasuah untuk dapat kontrak kerajaan

[Copy link]
Post time 16-5-2024 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah syarikat ditahan disyaki beri rasuah untuk dapat kontrak kerajaan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 16, 2024 @ 10:39am bhnews@bh.com.my




Pengarah syarikat ditahan SPRM Pulau Pinang kerana disyaki memberi suapan kira-kira RM13,000 kepada seorang jurutera sebagai balasan mendapatkan kerja kontrak dengan sebuah jabatan di negeri ini. - Foto ihsan SPRM




GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki memberi suapan kira-kira RM13,000 kepada jurutera sebagai balasan bagi mendapatkan kerja kontrak dengan sebuah jabatan di negeri ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 3 pagi ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini, bagi membantu siasatan.

Terdahulu, SPRM menahan reman seorang jurutera kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM13,000 daripada kontraktor pada pertengahan tahun 2022 dan menggunakan wang itu bagi membeli sebuah meja snuker serta sebuah meja ping pong yang ditempatkan di pejabatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sudah dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim selepas pihak SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini.

Suspek diwakili peguam dari Yayasan bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045987 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list